Monday 16 January 2012

[1]

Cinta?Apa itu cinta?Adakah cinta itu indah?Atau menyakitkan?Aku sendiri pun tidak tahu.Walaupun aku yang cute giller ni,aku belum pernah jatuh cinta.Kata orang kalau cinta jangan kacau.Ala,lagu 'Kalau cinta'tu..Hihihi..
    Ain berjalan berdekatan dengan sawah padi itu.Sudah lama dia tidak balik kampung kerana dia belajar di Universiti Melaya.Rindu sangat dengan kampungnya itu.Ketika Ain sedang menarik nafas dalam-dalam,tiba-tiba"Ain!!Masuk dalam rumah lagi!Dah senja ni!"laung ibunya di dalam rumah.Terbatuk-batuk Ain dibuatnya.
    Ain mencebik.Dia masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang malas.'Baru je nak tenang fikiran..Potong mood orang betul..'Ain membebel dalam hati.
    "Hah!Mulut tu dari tadi muncung..Jadi itik baru tahu.."Bebel ibunya.Makin panjang laa muncung Ain.Ayah Ain yang sedang leka membaca akhbar itu menggeleng kepala."Kamu berdua ni..Sudah-sudah lah tu cik Leha oiii.."Tegur suaminya.
    "Eh!Saya pulak yang kena.."Kata ibu Ain sambil memuncungkan mulutnya.Sama je!Ayah Ain,encik Arman mengerling ke arah isterinya,puan Zaleha."Kalau Ain dengan awak dah muncung ni,saya pun nak muncung jugak laa.."Encik Arman pun muncung sama."Dah lah tu bang..Saya dah tak tahan tengok abang..Muncung macam itik..Bapak itik je gayanya..Hihihihihi"Puan Zaleha ketawa sehingga keluar air matanya.
     Encik Arman masih seperti tadi.Tidak bergerak seinci pun mulutnya itu."Jap...Kalau Ayah bapak itik..Ibu pun mestilah mak itik kan??Ahahahhahaha.."Ain ketawa sambil berguling-guling di atas permaidani itu.
     "Ain tu anak itik!"Serentak puan Zaleha dan encik Arman menjawab."Sengal jugak mulut ni..Aduh..."Kata encik Arman sambil mengurut-urut mulutnya yang berasa sengal.Mana tidak bibir sengal kalau dari tadi muncung selama 5 minit!
   "Tu laa..Kalau nak bertanding dengan saya dan Ain,mesti abang kalah punya...Hihihihihi.."Encik Arman buat gaya ala-ala merajuk.muncung lagi.Ain menahan perutnya.Senak sedikit perutnya akibat dari tadi ketawa tak berhenti.
   "Sudah laa tu ayah..Nanti sengal pulak mulut ayah tu..Ahahahahah"Encik Arman mengerling anak dan isterinya itu."Ayah buat latihan je..Tengok laa nanti..Ayah akan kalah kan korang berdua..Muahahahhaha.."Puan Zaleha dan Ain menggangkat kening double-jerk.
                                                        
                                                  Hubbyku Super Kawaii~

Banyak-banyak ayam,ayam apa yang paling mahal??Ayam kampung?Salah.Jawapannya ayamas.Hehehehehe.Cakap pasal ayam ni,korang tahu tak aku tengah buat apa sekarang ni?Jeng..Jeng!Tangkap ayam!
     "Oi Justin Bieber oi!Jangan laa lari!Letih ni!"Kata Ain sambil mengejar 'Justin Bieber'."Ya allah..Ain,kenapa kejar ayam tu?!Hish!Kamu ni..Macam-macam nama kau bagi kat ayam tu..Christiano Ronaldo laa.."Bebel puan Zaleha.
     Bedebukk!Ain terjatuh.'Justin Bieber' dah berjaya di tangkap."Ain!Ya allah budak ni!Kamu tu anak dara!Kan dah kotor baju tu..Eeeii budak sorang ni!"Bebel puan Zaleha yang duduk di anjung rumah itu.
     "Ayah cakap kalau tangkap  ayam ni nanti ibu masakkan kari kegemaran Ain..Ni yang Ain tangkap ni..Fresh lagi.."Ain lagaknya seperti penjual di pasar malam yang membuat promosi kepada pelanggan.
      Puan Zaleha menggeleng kepala."Kamu percaya cakap ayah kamu tu?Tadi dah ayah kamu beli ayam..Hish!Ada..Ada je lah korang ni.."'Justin Bieber' ditangan Ain terlepas.'Justin Bieber' buru-buru lari.Lewat pergi konsert kot?
      "Ayah!!!!!!"Encik Arman yang berselindung di tingkap itu menahan ketawa.
Pada malam itu,Ain masih merajuk dengan ayahnya.Muncung sedepa.Encik Arman hanya mampu tersengih.Tiba-tiba,telefon bimbitnya berbunyi pesanan masuk.
      Ain mengambil telefon bimbit yang berjenama Nokia itu.Dia tersenyum.Aril rupa-rupanya.

   Salam...Ain tengah buat apa sekarang??

Ain membalas balik..

    W'slm..Ain tengah buat kuih tahun baru cina ni..XD

 Ain tersengih.Suka benar dia loyar buruk.

     Ahahhahaha..Oooo,tak ajak abang Aril ek?Sampai hati...:'(

Ain tegelak."Ada ada jelah abang aku sorang ni..Haiyaa..

     Sampai sangat..Bila abang Aril nak balik kat sini?Kesian ibu dan ayah..Mentang-mentang laa dapat pergi luar negara...

 Aril merupakan abang Ain.Dia mendapat biasiswa untuk menyambung pelajarannya di luar negara untuk menjadi seorang pilot.Dan kini,abangnya sudah berjaya menjadi seorang pilot.

     Tu perli ke apa tu??Hihihihi..Ala,nanti abang Aril bawak laa Ain pergi luar negara..Tapi kena bayar tiket tau..Tak de percuma..Kalau nak percuma jugak,duduk kat tempat letak bagasi-bagasi tu..XD

Ain mencebik.

      Huh!Tunggu laa Ain dapat kerja nanti..Walaupun Ain baru je habis belajar,nanti berduyun-duyun orang datang tau!

      Datang?Datang meminang ke dik??Wah..XD

Membulat mata Ain.'Tak guna betul laa abang aku sorang ni!'
 
      Eeeiii!dahlaa chow dulu..A'slm! :P

Aril ketawa sakan disana.Sah adiknya merajuk.
     
       Kalau 'buat' nasi minyak,jangan lupa abang Aril tau..W'slm..Kirim salam dengan ibu dan ayah k?Bye2..Hik hok..

Siap laa Aril esok dikerjakan oleh Ain.

                                                  Hubbyku Super Kawaii~