Thursday 2 February 2012

Cerpen:Suamiku si Mr. muscle

           Aku mendongak melihat awan biru.Ahh,tenangnya.Aku melihat beberapa orang sedang borjoging di taman ini.Ada yang mengayuh basikal.Aku menghirup udara segar itu sedalam-dalamnya.Aku mengatur sedikit tali kasutku.Aku terus berjoging mengelilingi taman yang besar itu.

           Aku berjoging sambil mendengar 'walkman' ku.Aku mendengar lagu nasyid.Ek?Berjoging sambil mendengar lagu nasyid?

            Tiba-tiba telefon bimbitku berdering.'Potong mood betulla!'aku merengus.Aku menjawab panggilan itu."Waalaikumusalam..Hah?Apahal Sarah?Ni mesti pasal Hafizkan?Dah berapa kali aku cakap,jangan percaya sangat kata-kata lelaki ni!"Aku membebel.

              Kawan baikku,Sarah.Dia mempunyai seorang teman lelaki yang 'baik' baginya sahaja!Tetapi,lelaki itu sebenarnya hanya ingin mempermainkan Sarah!Dia hanya mempergunakan Sarah!

               Nasib baik aku terserempak dengan si Hafiz dan salah seorang dari mangsa-mangsanya.Tapi si Sarah ni pulak tak percaya.Kata Hafiz tu setialah.Apalah.Sekarang?Hah!Padan muka tu!

               Aku membebel tidak tentu hala.Ada jugak mata yang memandang tetapi aku buat derk aje."Hah!Tu laa kau tak percayakan aku.Sekarang ni,kau pulak cari aku..Kau.."Tiba-tiba badan di langgar oleh seseorang.

               'Adoi!Siapa pulak yang langgar ni!'Aku masih terduduk disitu.Mataku terus mencari orang yang telah melanggar aku tadi.'Lain kali tekan laa brek!tak nampak ke lampu merah!Mesti tak lulus lesen memandu ni!Dah laa...'Aku berhenti membebel di dalam hati taktala melihat wajah orang yang melanggarku tadi.

              Aku terkaku.'Kacaknya!Berbadan tegap pula!'Aku melonjak keriangan di dalam hati."Awak ok?Sorry.."Kata pemuda yang berbadan tegap itu.'Saya tak ada apa-apalah awak..Nak minta nombor handphone boleh'Gedik betul aku.Nasib baik aku tak cakap kalau tak,memang tak tahu malu betul!.

              "Saya ok..Err..Awak selalu jogging kat sini ek?"Tanyaku.Mulut aku ni memang tak tahan.Pemuda itu tersenyum.Wah!manisnya!"Ya..Kalau saya tidak sibuk saya akan jogging kat taman ni..kalau sibuk,saya selalunya pergi gym"jelas pemuda itu.

               Aku terangguk- angguk.Nampaknya,selalulah aku pergi taman dan gym ni."Gym kat mana?"Dasar tak tahu malu!Muka pemuda itu masih tidak lekang senyumannya yang menggoda itu."Kat area sini jugak.."Mataku bersinar-sinar.

               "Kanapa awak tanya?"tanya pemuda itu pula.Soalan cepumas dia memang membuatku terbisu!Macam mana nak jawab ni."Err..Tak ada..Saja je..Lagipun saya nak cari gym yang sesuai..Tu yang saya tanya tu..."Pandai jugak aku menjawab.Dan bermula lah dari hari itu,aku selalu borjogging di taman ini dan pergi ke gym.

@---^---v----
       
                  "Berpeluh ketiak aku tunggu ni..Mana pulak si 'Mr.Muscle ni??"Mataku mencari-cari bayang pemuda itu."Hai Lisa..Dah lama tunggu?Rupa-rupanya awak kat sini..Saya ingatkan awak kat sana..Dari tadi saya cari awak tapi tak jumpa pulak.Tu yang saya lambat tu..Sorry ek?Nanti saya belanja makan."ujarnya.

                   'Walau seribu tahun pun aku saggup menunggumu!'Gedik betul aku."It's ok Ameer..."Aku tersenyum.Kami bermula berjogging.Tanpa Ameer sedar,aku ralit memandang wajahnya.

                   Walaupun berjogging ke depan,mataku ke tepi.Selesai kami habis jogging,kami berehat sebentar di kerusi yang disediakan disitu.Sepanjang hari itu,hatiku berbunga-bunga saja.Maklumlah kalau 'Mr.Muscle' ada sebelah.Angauoverboard aku ni!

                   "Best tak bersenam macam ni?"Tanya Ameer kepadaku.'Sudah tentulaa!Sebab dapat berjumpa dengan 'Mr.Muscle'!'Aku memandangnya."Emm suka..Suka sangat."kataku.'Tapi saya lebih suka kalau awak ada.'aku menyambung ayat seterusnya dalam hati.

                  "So..Esok awak free tak?"Aku bertanya kepada Ameer.Dia mengganguk.Yes!Dapat lagi jumpa muka dia!Aku bersorak kerianggan.

@---^---v----

                  "Ish!Dah dekat nak dua bulan aku cuba tackle dia!Tapi tak dapat jugak!Membazirkan masa je aku pergi gym dan taman untuk berjogging dengan dia!"Aku merengus tidak puas hati.Hari ini,aku betekad untuk berhenti daripada membuat kerja gila ini setelah aku melihatnya bersama dengan seorang wanita.

                 Hatiku hancur luluh.Awek dia kot?Mukaku muram sahaja.Tiba-tiba telefon bimbitku berdering.Aku menjawab panggilan."Ameer?!Waalaikummusalam..Pergi kat gym?Sekrang?Kenapa?Ok..Ok..Saya pun ada nak beri tahu sesuatu jugak ni..Kita jumpa kat sana nanti..Waalaikummusalam.."Aku menamatkan perbualan itu.

                 Hari ini,aku akan memastikan yang aku berkata perkara yang sebenarnya.Aku mengambil tudungku lalu menyarungnya di atas kepala.Aku mengambil kunci keretaku dan tas tanganku lalu terus berlalu pergi.

                 Apabila ku sampai di depan pintu gym aku kehairanan."Mana pulak orang kat gym ni?Selalunya,time ni laa banyak orang bersenam kat sini."Aku membuka pintu gym itu lalu masuk ke dalam.

                Ek?Gelap?Blackout ker?Tiba-tiba lampu itu terbuka dengan sendiri."Lisa...Will you marry me?"Aku terus berpaling ke belakang.Ameer?!Aku kelihatan tercengang dengan adegan ini."Apa semua ni.."Tanyaku.Aku masih lagi blur.

                "Saya tahu dari dahulu lagi Lisa..Awak sukakan saya sebernarnyakan?Awak selalu tenung muka saya time jogging kan?Awak tak tahu yang saya perasan semua benda tu."Au terdiam.Malu!Rupa-rupanya Mr.Muscle ni tahu!

                 Hati aku kembang.Tetapi tiba-tiba mengecut pulak taktala teringatkan perempuan dengan Ameer hari itu."Maaf Ameer..Saya tak dapat terima lamaran awak..Kesian awek awak tu..Saya tak nak jadi permapas kebahagian orang.."Kataku.

                  Dia melihatku sambil mukanya berkerut seribu.tidak faham lansung!"Awek??Bila masa saya ada awek ni.."ujarnya.Aku terkejut."Habis,siapa pulak yang dengan awak hari tu?"tanyaku pula.

                    "That's my sis laa..Macam mana awak tahu saya dengan seorang perempuan hari tu..Haa..Ni mesti kerja skodengkan.."Aku menidakkan."Eh takdelaa.."Saja tipu sunat.Betapa leganya hatiku apabila tahu bahawa perempuan dengannya itu tempoh hari ialah kakaknya.

                    "So..Nak tak nak terima lamaran ni?"Tanya nya sambil tersenyum.Aku mengganguk.Aku merupakan perempuan yang paling bahagia di situ.Melamar kat gym?dah nama Mr.Muscle,mestilah kat gym.

#Ahahahahha XD sorry kalau boring..