Tuesday 27 September 2011

"Taiko vs Budak walkman"(15)

Hari ni dah nak balik.Selamat tinggal wahai kolej ku.Alina masih sibuk mengemas barang-barangnya.Banyak jugak barang-barangnya yang hendak di simpan."Tak sangka pulak dah nak tinggalkan kolej ni.."Kata Wani dengan memek muka sedih"Kau takkan lupakkan aku kan??"soal Wani dengan nada yang sedih."Mestilah."Mereka menangis bersama-sama di dalam bilik itu.
   Pada waktu yang sama,Nish sedang bertanya kepada Hazruqee."Sebenarnya,kau tuju kan lagu tu untuk sapa??"Melihat Hazruqee hanya diam dan tersenyum sendiri,Nish tak berpuas hati.Nish mendesak Hazruqee."Cepatlah cakap...Kau tuju kan lagu tu untuk Alina kan?jangan tipu akulah.."Hazruqee lambat-lambat mengangguk."Betul jugak apa yang aku teka..Kau x nak bagi tau dia ke??"Hazruqee menggeleng"Biarlah.."Selamat tinggal semua...Selamat tinggal kawan-kawan ku..dan..selamat tinggal..Alina..

 ~Bersambung~

"Taiko vs Budak walkman"(14)

Alina dan Hazruqee berjalan beriringan.'Tak sangka jugak mamatbackstreet ni bolrh pakai baju melayu macam ni.Setahu aku,mamat ni cuma reti pakai jean,cincin besi dan baju yang pelik-pelik'Alina berkata didalam hati.Tanpa disedari oleh Alina,dia tersenyum sendiri.Hazruqee melihat Alina yang masih tersenyum sendiri walaupun Alina menekur pandanganya ke bawah.Hazruqee tersenyum"Kenapa senyum sorang-sorang ni..ada something lah tu.."Alina berjalan lebih laju dari Hazruqee.Malu~
   Apabila mereka masuk dewan itu,semua orang senyap.Macam syerif masuk kasino.Mereka berdua duduk semeja dengan Nish dan Wani.Wani dan Alina sedang bersembang.Mereka tidak menghirau orang yang duduk di sebelah menyebelah atau orang yang sedang berjalan ke sana sini.
   "Kita akan menyaksikan sebuah persembahan.."Alina dan Wani masih bersembang.."Terima lah,Khairul Hazruqee dengan lagunya.."Alina,Wani dan Nish serentak menala ke atas pentas itu.Alina sudah ternganga."Lagu ni for my pal,my roomates,my classmates,my date toninght and oohh...this songs for to someone.."Dewan itu gemuruh dengan sorakkan."Terimalah 'Percaya padaku'"Sekali lagi dewan itu gemuruh dengan sorakkan para penonton.Alina ternganga.Tak sangka betul taiko ni pandai bernyanyi.Yang Alina hanya tahu suara Hazruqee hanya untuk menyindir,bertekak dengannya,dan macam-macam lagi.Tak sangka sungguh.Suaranya memang merdu.
   "Aku tak tahu..Apa yang aku rasakan.."Hazruqee mula bernyanyi dengan memetik gitar sambil duduk di atas kerusi di pentas itu.Alina hanya diam saja."Hingga waktu..menjemputku.."Hazruqee menyanyikan rangkap terahkir.Sorakkan pelajar-pelajar dan guru-guru semakin nyaring.Semua mereka berdiri sambil bertepuk tangan.Alina seorang sahaja yang tidak berdiri.Mereka semua sedang bersembang dengan kawan masing-masing.Alina dari tadi diam seribu bahasa.Hazruqee hanya memerhatikan Alina dengan menggunakan ekor matanya sahaja walaupun sibuk bersembang dengan Nish yang dari tadi berceloteh itu ini.Alina masih terkejut beruk kali..hehehehe

Saturday 24 September 2011

"Taiko vs Budak walkman"(13)

"Zuqee,kau nak buat apa kat Majlis Ahkir Tahun nanti??"Tanya Imran sambil menoleh pada Hazruqee yang sedang bermain bola keranjang.Semua mata tertumpu ke arah Hazruqee.Hazruqee senyum segaris"korang tengoklah apa yang akan terjadi malam tu.."
   "Kau pakai baju warna apa nanti??.."Wani sedang bertanya kepada Alina tanpa melihat mukanya.Alina diam.Wani terus mengangkat mukanya dari bukunya itu."Laa..Patutlah senyap semacam..rupanya x dengar apa yang aku cakap..."Alina baru tersedar yang Wani dari tadi bertanya kepadanya."Huh?apa yang kau tanya??"Alina kehairanan."Aku tanya,kau pakai baju warna apa malam nanti.."Belum sempat Wani menyambung Alina pantas memotong."Kenapa?mamat tu nak tahu ke??""Ha'ah..Cakaplah cepat.."Alina sudah menekup mukanya dengan bantal kesayangannya itu."Biru.."
   "Lama lagi ke Hazriqee ni Alina??"Tanya Suzy "Ha'ah..Kat mana pulak dia pergi??Nish tau tak??"Wani memandang Danish."Entah..Dari petang tadi x nampak batang hidung dia..Kat mana pulak Zuqee ni..?"Dahi Nish berkerut."X pe lah..Korang pergi dulu..Aku lepak kat Padang dulu lah..""Betul ni??Baik-baik tau.."Mereka semua pergi meninggalkan Alina keseorangan di situ.Alina pun berjalan menuju ke padang kolej sambl bertanya di dalam hati.'Mamatbackstreet tu x datang ke??Malu ke??Takut??'.
   Alina sedang membaca 'Mr Midnight'dengan tekun sekali.Tiba-tiba"Asalammualaikum".Alina terkejut.Dia segera menoleh.Ternganga dia melihat Hazruqee di sebelahnya.'Segaknya!Ish!Mulut ni!!'.Hazruqee senyum sinis"Takkan tunggu tahun depan baru nak berjalan ke majlis tu kot.."Alina tersedar dari mengelamun.Alina mencebik.

Friday 23 September 2011

"Taiko vs Budak walkman"(12)

Semalam,miss Ain mengatakan bahawa list pasangan yang akan bergandingan untuk Majlis Ahkir Tahun nanti akan di lekatkan pada hari ini."Wah!Kau rasa,sapa yang akan datang dengan kau nanti.."Wani dan Alina berjalan beriringan ke papan kenyataan yang penuh sesak itu."Tengok nasiblah.."Kata Alina yang penuh kerutan di dahi.Apabila mereka ke sana,semua orang yang berada di situ tiba-tiba senyap dan memandang ke arah Alina.'Apahal diorang semua  ni pandang aku macam tu?'Alina berasa curiga.Dia cuba melihat namanya pada papan kenyataan itu..
   'Hrm....Oh!nama aku...Hrm..Khairul Hazruqee pasangan aku...EH!Hazruqee??'Alina melihat sekali lagi list itu.Oh tidak!memang betul apa yang di lihatnya!!Alina menjerit"TIDAK!!!!!!!!!!!"Wani cuba menyembunyikan ketawanya itu.
    Manakala pada waktu yang sama..."Tahniah lah Zuqee..."Kata Imran."Apa??""Kau x tau lagi ke pasangan kau pada Majlis Ahkit Tahun nanti??Takkan kau x tengok lagi..."Kata Imran."Kau nak tau x sapa??"Hazruqee mengangkat kening sebelah."Alina"Nish dah x tahan nak ketawa.
   Teringat lagi masa Nish dan Wani mengubah list nama itu.Kalau Hazruqee dan Alina tahu,mahu lari mereka ke Rusia.Sumpah x nak buat lagi!

"Taiko vs Budak walkman"(11)

Horey!!!!!!!!!!!!!Merdeka!!!!!!!YEY!!SPM dah tamat!!Budak-budak tingkatan 5 kat kolej semua rasa lega sangat!Hrm...Pasal Alina dan Hazuqee,Alina malas nak fikir kan pekara itu sekarang ni.Yang penting merdeka!!Tentang rancangan Wani dan Nish akan dijalankan pada sehari sebelum persekolahan tamat..Iaitu pada Majlis Ahkir Tahun nanti.
   Kelas Alfa 3  menyambut 'kemerdekaan' itu dengan mengadakan sebuah parti.Memang meriahlah parti itu.Walaupun Alina terpaksa menyambut 'kemerdekaan'dengan Taiko tu,tapi dia tetap rasa gembira!Maklumlah..baru habis peperiksaan...eehehehehe...
   "Aku rasa..aku akan rindu akan kolej ni lah.."Alina berkata dengan nada yang sedih."Ala,x pe..kita kan boleh jumpa lagi.."Wani memujuknya."Kenapa ni??"Tanya Nish.Alina ingin menjawab,tetapi..."Janganlah sedih.."Kedengaran suara di belakang Nish pula yang memujuknya.Alina melihat pemilik suara itu..Bertapa terkejutnya mereka.Lelaki yang menjawab itu ialah Hazruqee!!!Ya,Khairul Hazruqee!!
   Ternganga semua orang.Alina merenung muka lelaki itu.'Betul ke taiko ni??Salah makan ubat ke??'Alina kehairanan.'Aku bermimpi ke sekarang ni yang Hazruqee pujuk Alina ni??'Nish pun hairan..Nish memandang Wani.Sepertinya Wani faham maksud yang di sampaikan oleh Nish.Mereka berdua tersenyum nakal.
   "Korang ni kenapa senyum sorang-sorang??"Alina bertanya kepada Wani dan Nish."Errr..x de pape.."Serentak Wani dan Nish menjawab.

"Taiko vs Budak walkman"(10)

Tinggal beberapa bulan je lagi nak SPM.Kisah Alina dan Hazruqee macam biasa lah...Tak pernah aman..Nish dan Wani pulak makin hari,makin rapat.Hari ni,atas desakkan Wani dan Nish..Ahkirnya,Alina dan Hazruqee terpaksa datang ke perpustakaan prep malam nanti.
   Suasana di meja mereka sangat tegang.Alina leka mendengar walkman,manakala Hazruqee diam seribu bahasa.Wani dan Nish saling berpandangan.Nish dan Wani sengaja bertanya itu dan ini pada mereka bagi menceriakan suasana yang tegang itu.Budak-budak yang belajar di perpustakaan itu ternganga melihat taiko dan budak walkman tu duduk semeja.
   Kalau tidak kerana Wani dan Nish,Hazruqee dan Alina x mungkin duduk semeja itu..Pada pagi tadi,Wani dan Nish membuat rancangan untuk Hazruqee dan Alina agar mereka x bertekak dan balas membalas dendam sesama mereka.Bukannya Nish,Wani dan cikgu-cikgu kat kolej tu pening dengan karenah mereka..Tapi,satu kolej yang pening dengan karenah mereka termasuk kakitangan sekolah..Malahan pak cik tukand kebun,mak cik-makcik cleaner dan kantin pun pening.Ish-ish!!
   Rancangan mereka gagal kali ini..Tidak mengapa..Mereka sudah ada rancangan yang paling berkesan.Hanya tunggu waktu sahaja lagi...Apa yang mereka akan buat terhadap Alina dan Hazruqee???

Thursday 22 September 2011

"Taiko vs Budak walkman"(9)

'Heh!sekarang penampilan budak taiko tu dah berubah sikit'..Rambut belakang Zuqee nampak sedikit di potong tetapi rambut depannya masih macam langsir tingkap.Di jarinya kini taida lagi cincin tengkorak besi dan segala benda..'Sepatutnya dia berterima kasih kat aku pasal hari tu..'Alina tersengih.Dia teringat kembali kejadian antara dia dan Zuqee minggu lepas.
   Semakin hari..semakin menjadi perbalahan di antara Alina dan Zuqee.Zuqee membalas dendam apabila Alina sengaja menjatuhkannya dengan kulit pisang.Dia membalas Alina dengan taktik yang sama.Tetapi lebih kejam sikit.Dia juga meletakkan gam di kerusi Alina.Zuqee membalas dengan Alina dengan dua cara dalam satu hari..Hari ni,Alina bertekad untuk membalas kembali.
   Alina menampalkan chewing gum di tempat Zuqee menyandarkan kepalanya.Tinggal beberapa saat lagi..Tiga..Dua..Satu..Yes!!Terkena!!"Eh!Apa kat rambut kau tu Zuqee??"Nish bertanya...Zuqee tahu siapa dalang kejadian itu!Sapa lagi kalau x bukan budak walkman tu!
   Sebab kejadian tu lah yang membuatkan rambut Zuqee terpaksa di potong..Apabila Wani marahkan Alina,jawapan Alina senang saja"Jasa aku jugak tuu..."Sampai bila pulak lah perang mereka tu nak habis..Sekarang ni dah masuk tingkatan 5.Ish ish...

"Taiko vs Budak walkman"(8)

"Hai...nama saya Danish Daniel..panggil Nish je lah ye..""Oh,nama awak Nish ya??Saya Wani...ni kawan saya Alina....Korang ni kawan baik ke??Kata Wani."Ha'ah..kami kawan baik dari dulu lagi...""Err...nama awak Hazruqee ya??"Tanya Wani lagi..Hazruqee hanya menjelingnya tanpa menjawab.'Amboi,berlagaknya!!!'Getus Alina dalam hati.Danish bersuara.."Dia ni memang macam ni..minta maaf lah ye..."
   Alina sedang berjalan beriringan dengan Wani di koridor.."Cool betullah Hazruqee tadi!!""Heh!tu kau kata cool??kau ni memang ada masalah otak ke??Dia tu berlagak betul!Macam lah muka dia tu kacak sangat!"Marah Alina."Ala...kau ni memang x de taste langsung lah..haish~"Daripada aku dengar kau membebel,lebih baik aku dengar lagu.."Muka selamba....
   Keesokkan harinya,mereka belajar Fizik.Mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan..Wani,Alina,Danish dan Hazruqee sama dalam kumpulan.Mereka ditugaskan untuk membuat projek fizik.."Salah tu!"yang sorang lagi.."Betullah tu!"Hazruqee atau di panggil dengan nama Zuqee dari tadi bertekak dengan Alina.Wani dan Nish pulak terpaksa menjadi pengawal keadaan.Miss Sakinah yang mengajar Fizik dan Add math menggeleng kepala.Satu kolej tahu perkara siang tadi.
   

"Taiko vs Budak walkman"(7)

"Nama saya Danish Daniel.Selamat berkenalan.."tersenyum.Wani bagaikan terpukau akan senyuman Danish itu."Hrm..nama gua Khairul Hazruqee."Sewaktu Alina bertemu dengan budak tu,terkejut giller!Rambut panjang melebihi kolar.Rambut depan macam langsir tingkap.Pakai cincin besi!Memang macam mamatbackstreet!Macam style penagih dadah pun ada !!Tu ke budak yang selalu mereka kata handsome?!Yucks!
   "Oit!cute lah muka Danish tu..Cousin dia pun handsome jugak!""Handsome kau cakap??!!Handsome lagi atuk aku!"Mata Alina terbuntang'Tu handsome?Ish!memang ada masalah dalam otak mereka ni!Kalau Danish tu boleh lah tahan..mamatbackstreet tu??Oh mak datuk!!'
   Semua budak perempuan dalam kelas itu bagaikan orang angau.Lebih-lebih lagi,si Fisha tu!Kecuali Alina ye!!Di ulang,kecuali Alina!!"Kau x nak x pe..pass kat aku je.."'Heh!Aku x kisah lah!'"Erm..Haa..kamu berdua duduk sebelah tu.."Kata miss Sakinah.Alina merenung meja kosong di sebelah nya...Alina menelan air liur..Mamatbackstreet duduk sebelah aku?! TIDAK!!!!!!!!
    "Eh!Miss sepatutnya Danish dan Hazruqee duduk kat sini!Bukan situ!!"Bentak Fisha.'Bagus-bagus..Duduklah kat sebelah pompuan diva tu!!'"Keputusan saya muktamad"kata miss Sakinah.'Alamak!!!TIDAK!!'

"Taiko vs Budak walkman"(6)

Ternganga Alina melihat budak lelaki di depan matanya...'Ni mamatbackstreet mana pulak ni??'Di sebelah budak tu ada sorang lagi budak lelaki yang sedang tersenyum melihat nya.'Mamatbackstreet tu pulak merenungnya dengan renungan bak ais."Alina,apa yang awak tenung tu??Diorang ni budak baru kat sekolah ni jadi,saya nak awak tolong perkenalkan mereka kat kelas nanti ok??"kata miss Zaleha.Alina menggangguk."Mana satu cousin Fisha ya??Mamatbackstreet ni ke??atau budak yang dari tadi tersenyum tu??'"Hah!apalagi??nak tunggu sampai besok ke??"
   "Aaaaa!!"semua orang melihat Fisha yang sedang berlari menuju ke Alina,mamatbackstreet dan sorang lagi yang berdiri disitu."Awak dah sampai??Bila sampai??X cakap pun..Nish pun ada??Nish pindah kat sini jugak ke??"Bertubi-tubi soalan yang di tanya oleh Fisha."Kenapa korang ada dengan budak walkman ni pulak??"soal Fisha lagi dengan nada yang menyindir.
   "Eh,jom pergi duduk kat sebelah saya...jangan dekat dengan budak walkman ni.."sambil menarik lengan mamatbackstreet tu dan budak yang Nish itu.

Wednesday 21 September 2011

"Taiko vs Budak walkman"(5)

"Oit!ada dengar x budak baru masuk kelas kita??Kata Suzy handsome giler!""Kut ya pun,bagi lah salam cik kak oi~"bebel Alina yang sedang mendengar walkman sambil membaca comic kegemarannya."Tapi,dengar cerita budak baru tu cousin Fisha!"Wani duduk di birai katil Alina manakala Alina berbaring di atas katil itu."Mana kau dengar cerita ni??ala gosip je tu kan??""Hish!budak ni..betullah..Fisha sendiri yang cakap..tapi kan..macam mana lah rupa budak tu ya??Kata Suzy Handsome.."Wani berharap muka cousin Fisha itu serupa dengan Jang Guen Suk.
    "Berat betullah buku ni..Ish!"Alina membebel sambil membawa bukunya ke dalam kelas.Apabila Alina sudah sampai ke tempat duduknya,Alina terdengar.."Korang nak tau x,hari ni cousin aku pindah kat sini..handsomenya!!"Kata Fisha."Ala,bukannya handsome pun.."bisik Alina sendiri tetapi di dengar oleh Fisha."Apa kau cakap x handsome??eh,lupa pulak..kau kan budak walkman..mesti lah walkman bodah kau tu yang kau suka..ahahahahaha.."perli Fisha sambil ketawa yang menjengkelkan.
   "Alina,miss Zaleha panggil"kata Im atau nama penuh nya ialah Mohd Imran Shahmi.Alina berjalan meninggalkan kelas Alfa 3 dengan rasa yang meluat terhadap Fisha.Wani pulak sedang di panggil oleh cikgu Rosyam...Apa pulak lah yang terjadi lepas ni...

"Taiko vs Budak walkman"(4)

"kenyang betul lah tadi.."Alina berjalan sambil mendengar walkmannya."Haah~Eh,tu miss Zaleha!Bahaya!Cepat cover walkman kau tu"Berebut Alina menyimpan walkmannya."Apa khabar miss??"Tiba-tiba walkman Alina terjatuh."Alina,Wani..Ikut saya!"Alina dan Wani saling berpandangan.Habislah!!!
   "Awak tahu kan student's x boleh bawak walkman kat sekolah..Dan awak Wani ,awak berdua di denda mencuci Dorm kamu.Faham!"Wani menjeling Alina.Mereka keluar dari bilik Hem itu."Kan aku dah cakap..Aku juga yang terkana sekali.."Marah Wani."Ala..sekali je..bukannya dua kali.."muka selamba.Mereka berdua mencuci Dorm mereka.
   Keesokkan harinya,Wani terkejut apabila di tangan Alina ada walkman tersebut."Kau dapat ni dari mana??"Alina menayangkan muka selamba."Kau pecah masuk bilik Hem ya??!"Alina terus menekup mulut kawannya yang sorang itu."Kau ni,diamlah sikit!""Bila kau buat kerja tu??"Wani bertanya kepada Alina."Erm,malam semalam..hehehehehe.."Terkejut Wani mendengar.."Kau.."belum sempat Wani bercakap bell berbunyi menandakan waktu rehat telah habis.

"Taiko vs Budak walkman"(3)

"Kita harus mengingati..."Cikgu Rosyam sedang mengajar didepan manakala Alina masih leka dengan walkmannya.Bahu Alina terasa di cuit.Alina menoleh sebelah"Oit!sudah2 lah tu..nanti cikgu rampas baru tahu!"Wani sudah gelisah manakala Alina menjelir lidah."Alina!Apa yang kamu buat tu??Jawab soalan nombor 2.Cepat!"Alina terkejut"Err..sekarang ke cikgu??"Perlahan-lahan Alina berjalan.Nasib baik Alina sudah belajar subjek itu kelmarin..Memang rutinnya setiap hari..apabila ditanya sewaktu dia leka dengan walkman nya itu,dapat lah dia menjawab nya tanpa terkantoi..Alina juga di kenali juga sebagai'budak walkman'..heh!memang x boleh berenggang dengan walkaman..Wani pula x dapat berenggang dengan novel-novelnya.Selain dari walkman,Alina juga suka membaca buku..Buku yang menjadi kegemaran Alina bukan lah novel-novel cinta..Tetapi comic 'Shin chan'..Macam budak-budak je..
   Selain dari sikap nya yang suka tidur,dia juga pernah menampar seorang budak perempuan yang bernama Fisha 'Dato Ahmad..Cikgu-cikgu sekolah itu amat takut dengan bapa Fisha.Jadi,terpaksalah mereka menurut semua permintaan Fisha.Kejadiannya berlaku apabila Fisha menyimbahnya dengan air kerana Alina menegurnya kerana terlalu banyak songeh apabila melihat makanan yang di hidang di Dewan Makan.Pergaduhan itu berlarutan sehingga suatu hari Alina x tahan dengan perangainya yang mengejek keluarga nya...

"Taiko vs Budak walkman"(2)

"Eh..mana pulak kelas Alfa 3 ni??"Wani terpusing-pusing di koridor itu."Kau ni kenapa berdiri kat situ je.tolong lah aku..eh,kau bawak walkman ya??kau ni,dari dulu x berubah..kalau satu hari nanti kena tangkap..aku x tolong ye..."bebel Wani."Ala,kau tau kan aku ni sayang sangat kat walkman ni..x kan kena tangkap punya..lagipun,kalau aku kena tangkap,aku jamin kau x kan terkena punya..jangan risau.."muka selamba."Whatever lah apa yang kau nak cakap..tapi,sekarang ni kita dah lambat..ni semua sebab kau lah yang bangun lewat!sekarang kau tolong cari mana kelas kita!cepat!"Alina tersengih."kalau aku cari x sampai seminit kau belanja aku makan ok?"senyum nakal."Ok!manalah kau dapat cari dalam satu minit je dekat sekolah besar ni..x mungkin punya.."tersenyum"Tu kat belakang kita tu.."Alina tersenyum..Wani ternganga..
  "Ahahahaha..kau x perasan ke kelas kita kat belakang kita??Yey!makan free~"bersorak gembira"Jahat betul kau!Kenapa x cakap awal-awal tadi"Wani membebel"Kau cakap minta tolong je..kau x cakap pun minta tolong cari kan kelas Alfa 3.."Alina ketawa.Wani x dapat menahan lagi.Dia terus mengejar rakannya itu.."Alina!!!!!!!!!!"

"Taiko vs Budak walkman"(bab 1)

"Anda merupakan batch ketiga dekat sekolah ni..misi sekolah ni adalah untuk..."Taklimat tu punya lah panjang..Sampai nak bertelur aku kat sini..Tapi satu pun x masuk dalam otak ni..ehehehe..kira ni..masuk telinga kanan keluar telinga kiri...Mata ni rasa nak terpejam je...Dewan ni punya sejuk..Memang sedap kalau nak tidur masa ni..Kat belakang,banyak student2 dah di buai mimpi agaknya..Bila lagi nak habis berceramah ni??Lepas ni,kena mandi lagi kat dorm tu..Daripada aku dengar ceramah ni,bagus lagi aku dengar lagu dalam walkman ni..
  Eh,lupa pulak nak perkenalkan diri..Nama aku Alina Qistina...Aku sedang bersekolah di kolej La Estrella..Sahabat karib ku bernama Nur Yasmin Syazwani..Ini merupakan kisah tentang Alina dan Wani apabila bertemu dengan dua orang pelajar baru dikolej itu...Alina dan Wani merupakan kawan baik dari tingkatan satu lagi..Mereka bernasib baik kerana di takdirkan dalam dorm dan bilik yang sama..
   Wargghhh~~!!!"Oit!bangun lah Alina!Pergi mandi,lepas tu pergi kat Dewan Makan!Kau dah siap kemas buku untuk esok x??!Apalah kawan aku sorang ni..Bangun cepat!kalau x,simbah dengan air baru tahu!"Bebel Wani."Ala relex la..Kau ni membebel kalah mak aku tau x..Nanti lah aku bangun..Lagipun aku baru je tidur.."kata  Alina yang masih terbongkang di atas katil dengan walkman nya.."Apa??kau kata baru je??apa yang baru je tidur..dah tiga jam kau tidur x cukup lagi ke??"Wani sudah bercekak pinggang."Betul lah,aku kan selalu tidur..bagi aku itu baru je..macam lah kau x kenal aku..nanti aku bangun ye.."Tidur lagi.."Alina,bangun!!!!!!!"hampir bergema seluruh dorm itu..