Wednesday 14 March 2012

Babysitter Mr.K[4]


Aneesa membuat muka meluat.Tangannya ligat membasuh pinggan dan cawan.Macam orang gaji je aku kat rumah ni.Aneesa membebel.Dia menjeling sandwich yang dibuatnya tadi.

           Aneesa berjalan ke arah anak tangga dengan cepat sekali.Malas dia mahu berdepan dengan ‘awex-awex’ Iqbal. “Haa Aneesa?Nak pergi kat mana kamu tu?Mari duduk sini..Nak larikan diri daripada siapa kamu ni?Iqbal ya?”Ibu Iqbal,puan Julia yang terlampau ‘ramah’ itu menjemput Aneesa duduk disebelahnya.Sempat lagi mengenyit mata kat Aneesa tu!

          Para ‘awex-awex’ Iqbal buat muka meluat.Ada yang sempat siap jeling kat Aneesa!Apa jeling-jeling?Tau la mata kau tu besar!Aneesa membebel.Belum sempat Aneesa melabuhkan punggungnya,tiba-tiba salah seoarang daripada ‘awex-awex’ Iqbal bersuara.

         “Eh?Ni pembantu rumah baru ker aunty?I want orange juice now!Buat cepat.Tekak I dah haus ni.Nanti terjejas pulak suara I yang merdu ni.”Aneesa terkejut.Fullamak!Sesedap kari Maggi je ‘awex’ Iqbal ni cakap.

        “Ish!Takde laa..Ni bukan pembantu rumah aunty..Sedap sangat ke suara kamu tu?Cuba nyanyi sikit.Aunty nak dengar.Dah lama aunty tak dengar konsert live ni.”Puan Julia mengenyit mata kepada Aneesa.Anak dengan mak,sama je!

         Sally terkejut.Dengan tak segan dan silunya dia bernyanyi.Aneesa apa lagi,secepat kilat dia berlari dari situ.Takut pulak pintu rumah tu roboh.’Awex-awex’ Iqbal yang lain buat muka nak muntah.Kalau Aneesa,dah lama dia muntah.

        Merdu lagi mamak kat kedai roti canai tu nyanyi.Aneesa bermonolog sendiri.Memang betul pon!Tiba-tiba pintu rumah itu diketuk dari luar.’Awex-awex’ Iqbal berebut mengeluarkan alat make-up mereka.Nak touch-up kononnya.

       Kepala Iqbal terjongol dipintu. ‘Awex-awex’ Iqbal berebut mendapatkan Iqbal.Macam berebut nak jumpa Aaron Aziz je gayanya.Kalau Aaron Aziz,bukan setakat ‘awex-awex’ Iqbal je,Aneesa dan makcik-makcik yang tinggal  kawasan perumahan ni pun berebut tau!

        Bukanya satu dua orang ‘awex-awex’ Iqbal ni.Tapi 15 orang!Mak ai!tapi hari ni 5 orang tak dapat pergi sebab sibuk.15 tambah 5 jadi 20!Pergh!Dari mana entah Iqbal jumpa ‘manusia-manusia’ ni pun Aneesa tak tahu.

             “Hai baby...You baru balik kerja ker?I miss you laa..”Kata Sally dengan suara yang menggoda.Kalah suara manja Demi Loveto tu!Yang sorang lagi,Elly”Sayang mesti penat kan?”Sorang lagi,”Darling,you tak cakap pon dekat I yang you kerja hari ni.I miss you laa darling..”

             Geli-geleman Aneesa mendengarnya.Aneesa memandang sandwich itu lagi.Dia menggigitnya dengan geram.Aneesa geram dengan perangai ‘awex-awex’ Iqbal!Aneesa teringat lagi sewaktu dia menghidangkan sandwich-sancwich itu kepada ‘awex-awex’ Iqbal.Bukannya ucapan ‘terima kasih’ didengar..Malah..

             “Ewwww!Apa ni?”Sungguh geram dia mendengar jawapan itu.”Makanan apa ni?Low-class sungguh!”Darah Aneesa memang mendidih giller.Nak sangat berclass-class,pergi masuk class kau sana!Bentak Aneesa didalam hatinya.

             Tetapi,bila ‘awex-awex’ Iqbal ni tengok je muka Iqbal yang handsome giller tu..”Baby buatkan Iqbal air ok?Mesti baby hauskan..Ala kesiannya.”Aneesa menyumbat lubang telingnya dengan mp4.

           Aneesa berjalan selamba badak ke arah anak tangga.Kakinya terus mendaki anak tangga itu satu persatu.Tiba-tiba Iqbal berjalan ke arahnya tanpa Aneesa sedar.. ‘Awex-awex’ Iqbal tercengang.

           “Aneesa?Aneesa?”

          Aneesa tidak mendengar.Itulaa,siapa suruh sumbat lum=bang telinga itu dengan mp4!

         “Aneesa?Aneesa?Saya cakap ni..”

         Mereka berdua sudah sampai di bilik Aneesa.Aneesa masuk ke dalam.Iqbal menggeleng kepala.Iqbal masuk ke dalam juga.Pintu itu tiba-tiba tertutup dengan sendiri.Aneesa menoleh kebelakang.

        Hampir menjerit kerasukkan Aneesa dibuatnya.Iqbal tersengih kerang wangi.Mata Aneesa membulat.

        “Apa Iqbal buat kat sini haa!”Tergagap-gagap Aneesa bertanya.

        “Laa..Dari tadi saya panggil awak,awak tak dengar..”Iqbal ketawa kecil.

        Aneesa mengigit bibirnya.”Apa Iqbal nak ni sebenarnya huh?”Aneesa menggangkat kening.

       “Iqbal mana aunty?” tanya Sally pada Puan Julia dengan gaya gediknya.Puan Julia berkata sambil mengangkat-ngagkat keningnya.”Tu lagi berdating dengan Aneesa kat atas.”

      Sally merengus geram.Dia berjalan dengan lenggang lenggok menuju ke arah bilik Aneesa.

        “Iqbal~~~”Mulutnya terkunci apabila dia mendengar suara Iqbal dan Aneesa di dalam bilik Aneesa.Sally sepantas kilat membuka pintu bilik itu.

        “Iqbal?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!You buat apa ni!”Sally menjerit.Aneesa dan Iqbal terkejut.

      Disebabkan suara Sally yang ‘power’ itu,semua manusia berkumpul dibilik Aneesa.

         “Kami tak buat apa-apa!”Aneesa berkata dengan tegas.

        “Ala tipu!Kau buat apa kat Iqbal sampai Iqbal jadi macam ni!”Marah Elly.Iqbal mendiamkan diri.

         “Apa hal ni?”Puan Julia berdiri disitu.”Iqbal?Aneesa?”Puan Julia ternganga.

         Suasana ruang tamu itu suram.Iqbal menundukkan kepala.Manakala Aneesa sudah teresak-esak menangis.”Ibu,aunty Aneesa tak buat benda tu..Percayalah..”

         Puan Julia dan puan Maria mengganguk.”Ibu dan aunty percaya..Tapi,orang dah banyak tahu..Takde cara lain..Mesti ikut cara ni jugak..Ibu percaya cakap Aneesa.”Puan Maria mengusap-usap kepala anak kesayangannya.

         “Ha’ah..Abang rasa,ini je cara nak menyelesaikan masaalah ni.Takde cara lain lagi.Mungkin kami boleh percaya,tapi kalau orang lain..Lagipun,keluarga aunty pun setuju.”Aiman mengganguk.

        “Betul kata Aiman tu.Aunty tahu..Tapi,nak buat macam mana lagi?Ni je laa caranya..Aunty tak kisah sebenarnya.Lagipun,Aunty memang lama dah suka kat Aneesa..”

       Mata Aneesa menjadi merah akibat menangis tadi.”Kalau macam tu..Anee..Aneesa setuju.”Tergagap-gagap Aneesa menjawab.

       Mereka mengucapkan kata syukur.Aneesa memandang wajah Iqbal dengan perasaaan yang berat sekali.Adakah dia marah dengan keputusan ini?Aneesa bertanya pada diri sendiri.

     Aiman berjalan ke arah Iqbal lalu membisikkan sesuatu.”Jaga baik-baik adik kesayangan aku yang brutal lagi comel tu.”Iqbal senyum segaris.

        Aneesa memandang wajah ibunya.Bukannya ibunya bersedih,tetapi gembira?Pelik bin ajaib bin magic!

      Aku harus berkahwin dengan mamat mangkuk ayun nih pulak?!Tidakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!

*Sorry sebab pendek jer..Saya sibuk giller time ni..Enjoy the story..Aneesa harus berkahwin dengan Iqbal si mankuk ayun@mangkuk tingkat dan segala jenis mangkuk?Bagaimana ya cerita hidup mereka.Mula-mula babysitter,sekarang isteri?Oh my allah!

3 comments:

  1. apa yang jadi masa tu?
    x berapa faham sgt..
    :)

    ReplyDelete
  2. sambung lg cepat.. tak sabar2 ni nk tau.. hehe.. best sgt.. :)

    ReplyDelete