Tuesday 6 March 2012

Babysitter Mr.K


Mama Fussy atau namanya sebenar puan Zulaikha berjalan ke arah sofa berjenama Lorenzo dengan wajah yang berang serta jari-jemarinya mengenggam erat payung yang diambilnya tadi.Dengan sekali ayunan,payung itu mengenai sasaran.
            Terlompat Aneesa dibuatnya.’’Opocot surat tawaran aku takde!”Terlatah dia dibuatnya.Matanya bertembung dengan mata gunung berapi si Mama Fussy.Gulp!Afiqah handak tersengih pun tak jadi taktala melihat wajah berang Mama Fussy nih.
            Nasib baik Mama Fussy ni pukul kat sofa.Kalau kat badan Aneesa,mahu patah segala macam tulang dia.Mama Fussy dah bercekak pinggang.Tak sampai beberapa saat lagi,bermula laa ceramah dia.Tiga,Dua,satu..
            “Hah!Tu lah,orang bekerja,kau sibuk tidur je.Asyik makan gaji buta je!Nasib baik aku tak berhentikan kau sebab mak kau punya tempat ‘babysitting’ nih!Kalau surat tawaran tu betul-betul takde,baru padan muka kau!”bebel Mama Fussy.
            “Ops!Wait!Wait!Ehem?Bila masa pulak saya ni makan gaji buta?Saya makan nasi je.”
            “Amboi,amboi!Dah pandai lawan cakap orang tua kau ni ya?Ish!mulut kau tu memang nak di cili padikan!Dah buat,tak nak mengaku pulak?Yang setiap pukul 4:30 petang tidur kat sini lepas tu tak jaga budak,tak makan gaji ke namanya?”
            “Allah!Mama Fussy..Ops!Puan Zulaikha,kan setiap pukul 4:30 petang mak bapak budak tu dah ambik budak-budak tu.Nak jaga anak sapa lagi?Anak hantu?Ngee!Mahu pengsan 30 hari,30 malam saya.”
             Mama Fussy,puan Zulaikha terdiam.Dia membuat aksi selambanya. Nak tutup malu lah tu konon!Aneesa mencebik.Dia mengambil laptopnya yang berjenama Apple.Baru beberapa langkah,suara Mama Fussy kedengaran.
          “Eh?Nak kemana kau tu?Ni,puan panggil kat office tu.”
           Aneesa membuat muka bosan habis.Dia berjalan macam zombie dalam game.Sangat perlahan.Dia memulas tombol pintu itu.
           Ibunya,puan Maria tersenyum padanya.”Assalamualaikum anakku..Kenapa muka sungul semacam ni?Duduk lah.”
           Aneesa menjawab salam itu di dalam hati.”Nothing..Kenapa ibu panggil Aneesa nih?Kerja Aneesa tak ok ker?Ada mak bapak budak-budak tu complaint ker?”
           Puan Maria menggeleng.”No..Ni ibu nak tanya ni..Aneesa suka ke kerja nih?”
           Kening Aneesa terangkat.”Of course!Lagipun Aneesa memang sukakan budak-budak.”Bibirnya yang merah semula jadi itu terukir senyuman.
            “How about your works?Ibu tahu engineer ni mana ada banyak masa.”Soalan itu menusuk jiwa dan raga Aneesa.Dia berfikir sejenak.
            “Takde hal laa ibu.Manusia yang bijak dapat mengurus masanya dengan baik.”Aneesa tersengih.
             “Hrm..Orait!Kalau ibu bagi mission nak?”Aneesa tersenyum lebar.Dia mengganguk kegembiraan.
               “Mission apa ibu?Mission macam ‘running man’ tu ker?Tak nak laa.Nanti kena kejar dengan ‘sparta kook’ tu mampus laa Aneesa.”
              Puan Maria ketawa melihat telatah satu-satunya anak perempuan yang dia ada.Anaknya yang lelaki?Huh,jangan cakap.Tu kat syarikat dengan ayah dia.
              “So,betul ni?Betul Aneesa sanggup ni?Nanti menyesal pulak..Lain daripada yang lain tau..”
              Aneesa tersenyum kambing gurun.”Small the matter lah~”
              “Really?Ayat main suka hati je cakap..Ok,kalau macam tu..”Puan Maria mengambil telefon jenama Apple,lalu menghantar mesej kepada sapa entah.
               “Dalam 10 minit macam tu,sampai lah mak ‘budak’ tu.”Aneesa  berjalan ke arah lukisan yang di pamerkan di sudut bacaan bilik itu.Semua lukisan yang di lekatkan disitu merupakan hasil tangan budak-budak di situ.
                Setelah  10 minit berlalu,pintu bilik itu dikuak dari luar.Seorang wanita berumur lingkungan 50 tahun  tersenyum ke arah Aneesa serta puan Maria.
              “Haa..Ni anak you yang akan babysitting anak I kan?”Anak?Anak dia masih budak lagi ker?Anak angkat kot?Aneesa bermonolog sendiri.
               “Haah..Dia dah bersetuju.Tapi,I belum bagi tau lagi mission dia apa..”Wanita itu mengganguk tanda faham sambil tersenyum.
              “Aneesa,ni mission nya.”Puan Maria menghulurkan sehelai kad.Aneesa membacanya dengan penuh teliti.
               “Anak aunty ni nakal sangat ke?Kalau part nak mengubah sifat budak-budak macam ni senang jer..Saya dah biasa dah.”
              Wanita itu dan Puan Maria menahan ketawa.”Ha’ah..Dia memang ‘nakal’..Aunty harap Aneesa boleh ubah sikap dia tu..Jom ikut aunty.Aunty nak perkenalkan anak aunty.”Aneesa mengikut langkah wanita itu.
               Wanita itu membawa Aneesa ke rumahnya.Tercengang juga Aneesa melihat rumah wanita itu.Ni istana ke apa ni?!Soalan itu dibiarkan Aneesa.
               “Jom masuk..Nanti tertunggu-tunggu pulak anak aunty tu..”
               Aneesa merasa ada sesuatu yang tidak kena.Seperti ada sesuatu yang akan berlaku terhadap dirinya.Sesuatu yang akan mengubah hidupnya.Sesuatu yang...
              Pintu rumah itu terbuka luas.Sungguh mewah!Dahlaa kawasan perumahan ni penuh dengan rumah banglo yang mewah-mewah!Macam rumah agam pun ada jugak.
              Seorang pembantu rumah menyambut kedatangan mereka dengan senyuman yang mesra.”Zalia,awak suruh Iqbal turun sekarang.Babysitter dia dah sampai.”Zalia,pembantu rumah itu menahan ketawa sambil mengganguk.
               Aneesa kehairanan.Apasal orang dari tadi gelakkan aku jer nih?Persoalan itu hilang daripada kepala otak Aneesa taktala mendengar tapak kaki yang sedang menuruni tangga yang berapa tingkat entah.
               Dia sedang tertunduk di sofa itu memalingkan mukanya ke arah wanita itu.”Haa..Ni lah anak aunty yang Aneesa perlu jaga tu..”Terkejut badak Aneesa.
               Pemuda yang tampan di sebelah wanita itu tersenyum menggoda.Dia bukan menjaga budak-budak tetapi lelaki berumur 25 tahun?!!!


 BERSAMBUNG .....
                  




2 comments:

  1. haha.. kelakar la cite ni.. best sgt.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. nampak gayanya macam best je cite ni cepatlah
    sambung ye...

    ReplyDelete