Wednesday 7 March 2012

Babysitter Mr.K[2]


Aneesa menatap beberapa helai kertas yang kini berada di tangannya.Dia menatap wajah tampan lelaki itu.Lelaki itu tersenyum menggoda.Dahi Aneesa berkerut sejuta.
           “Kena isi dan baca jugak ke ni?”Tanya Aneesa seperti lagak detektif.Lelaki itu tersenyum menggoda sekali lagi.’Soalan & syarat2..’terpampang dihadapan kertas itu.Aneesa menghela nafasnya dengan perasaan yang berdebar-debar.
            Aneesa mengambil pen yang telah disediakan oleh lelaki itu tadi.Perlahan-lahan dia membuka helaian pertama kertas itu.Ala,kacang jer nih..Tulis jawapan je..Apa susah?Aneesa bermonolog sendiri.
             Dia berhenti menulis taktala melihat soalan yang perlu dijawabnya..Dia terlopong.Ish!Gile ke apa?Soalan ni lebih susah daripada soalan SPM!Aneesa menjerit didalam hati.
             Aneesa menggosok matanya.Dia seakan-akan tidak percaya.Baru soalan yang pertama,Aneesa sudah terlopong.Soalan kedua,makin terlopong Aneesa dibuatnya.Soalan ketiga...

1)Adakah anda sudah berpunya atau belum?
2)Jika anda jatuh cinta pada saya,apa yang anda akan buat?
3)Jika saya meminang anda,adakah anda menerima?
4)Mahukah ada menjadi girlfriend saya?
              
                Aneesa tidak sanggup lagi melihat soalan-soalan itu.Mahu saja Aneesa pitam taktala melihat soalan yang terakhir itu.
                “Your time only 4 minutes to solve the questions..”Lelaki itu bersuara.Bibirnya masih tidak lekang dengan senyumannya yang sangat sangat lah menggoda.
                Aneesa terkejut.4 minit?!1 soalan,1 minit?!Kalau soalan macam nih,1000 tahun pun tak cukup untuk jawab 1 soalan tau!Bentak Aneesa didalam hati.
                “After this,I will explain all the conditions..”Aneesa naik geram dengan sikap lelaki itu.Dah giller ke apa mamat nih?!
                 Aneesa tulis ikut suka hati dia.Lantaklah apa nak jadi.Dia membuka helaian seterusnya.

Syarat 1:
Tidak boleh pergi kemana-mana sebelum mendapat kebenaran daripada saya.

Syarat 2:
Kemaskan bilik saya setiap hari.

Syarat 3:
Buatkan sarapan untuk saya setiap hari.

            Malas Aneesa mahu membaca syarat-syarat yang lain.Berapa ratus entah syarat yang perlu dibaca olehnya.Kesabaran Aneesa sudah hilang.
                    “Encik,encik ni nak cari isteri ke apa?Kalau nak cari isteri,tak payah suruh mak encik cari ‘babysitter’ faham?Dan satu lagi..Kenapa saya mesti minta kebenaran encik untuk pergi mana-mana tempat.Kalau saya nak pergi toilet pun kena minta kebenaraan jugak?”Pedas sekali Aneesa menyindir.
                    Lelaki itu tidak marah apabila disindir oleh Aneesa.Malah,dia masih lagi dengan senyuman menggodanya!!Darah Aneesa menggelegak seperti lava gunung berapi!
                    Aneesa baru sahaja ingin keluar dari bilik bacaan yang besar itu terhenti taktala mendengar suara lelaki itu.
                   “Tak perlu bawak baju..Petang nanti you and my mom akan beli baju untuk you.”Aneesa memusing badannya sepantas kilat.
                   “What do you mean?Baju?”Kening Aneesa terangkat.
                   “Aunty tak cakap ek?Selagi you jadi ‘babysitter’ I,selagi tu lah you tinggal kat rumah ni..”Dengan selamba gajah lelaki itu bertutur.Aneesa tercengang.
                   “Urgh!”Aneesa keluar dari bilik bacaan itu dengan segera.Dia mendail nombor telefon bimbit Puan Maria.
                   “Assalamualaikum~Hai anakku yang tersayang.Kenapa ni?Sakit?Lapar?Mengantuk?”Bermulalah drama Puan Maria.Puan maria memang selalu begini.Always berdrama.Tak kira drama klasik atau drama cinta komedi.
                “Waalaikumusalam.Ibu yang ku sayang,kenapa tak cakap kat Aneesa yang Aneesa perlu tinggal kat rumah agam ni?Dan paling teruk sekali,kenapa tak cakap yang Aneesa perlu jaga lelaki yang berumur 25 tahun!”Aneesa meluahkan rasa geramnya.
                 Puan Maria tersengih.”Laa,barulah best mission nih.Kalau bagi mission yang biasa-biasa jer,tak best laa.Mission nih lebih susah daripada mission ‘running man’ tau.”Puan Maria buat lawak arnab.
                “Huh!Tak nak kawan dengan Ibu.Ok lah.Aneesa pergi dulu.Assalamualaikum.Chow cincau.”Aneesa mematikan panggilan.
                 Aneesa teringatkan seseorang.Dia terus berjalan keluar dari rumah itu lalu berjalan ke arah perhentian teksi.”Tolong hantarkan saya kat ni.”Aneesa menghulurkan sehelai kertas.
                Aneesa memandang geram manusia di sebelahnya.Manusia itu dari tadi tidak berhenti mengetawakannya.Merah menyala muka Aneesa menahan marah.Manusia itu berhenti dari ketawa.
                “Hehe..Sorry,sorry.Lawak lerr.Kesian adik abang ni kan?Kan?Terpaksa jadi ‘babysitter’...”Ayatnya terhenti disitu.Abang Aneesa atau nama penuhnya Aiman Firas mula mengetawakannya buat kali keberapa enth.
                  Merah muka Aiman.Senak perutnya.Aneesa mendiamkan diri.Aiman memandang wajah adik kesayangannya.Aiman masih menahan ketawa.Aneesa menjeling maut pada Aiman.Aiman kembali normal.
                 “Sorry adikku sayang..Janganlah marah.Abangmu yang kacak ni nak minta maaf ok?Nanti abang belanja makan ais krim kat Baskin Robbins.Ok?”Pujukkan Aiman memang dapat mencairkan ego Aneesa.Siapa tolak kalau ada orang nak belanja?Ais krim Baskin Robbins tu!
                 “Betul ni?”Aiman tersenyum sambil mengganguk.Pancing dah kena.Yahoo!Aiman menjerit kegembiraan.”Aiman tak kisah~”Aneesa kembali tersenyum.
                 “Thanks abang.Terima kasih daun keladi,kalau boleh hendak lagi.”Aneesa berjalan perlahan-lahan masuk ke rumah itu.Malas rasanya dia kembali ke rumah itu.Ingin saja dia menolak mission itu.Kenapalah dia menerima mission itu tanpa mengetahuinya terlebih dahulu?
               Terkejut Aneesa taktala melihat lelaki itu membuka pintu rumah itu.”Dah habis berseronok dengan Aiman?”Aneesa terlopong.
          

1 comment:

  1. best nak lagi... kalau boleh setiap hari ada
    n3 baru pun tak ape.

    ReplyDelete