Thursday 15 March 2012

Babysitter Mr.K[5]


“Aku terima nikahnya...”

             Aneesa memejamkan matanya dengan rapat.Dia tidak sanggup lagi mendengar ayat itu.Kelopak matanya sudah banjir dengan air mata.Dia tetap menahan air matanya supaya tidak gugur.Dengan sekali lafaz,dia dan mangkuk ayun,ops!Iqbal menjadi suami isteri yang sah.

            Sekarang,tibalah saat-saat yang ditunggu para hadirin yang datang ke majlis itu.Iqbal yang segak memakai baju melayu berwarna putih,bukan segak..Tetapi,terlalu-lalu segak itu duduk berhadapan dengan Aneesa.Acara pembatalan air sembahyang berlansung dengan ‘aman dan damai’.

            Muka Aneesa yang dari tadi masam macam asam jawa berkhayalan seorang diri.Dia sudah berkahwin dengan Iqbal.Sekarang,apa pula yang harus dia lakukan?Nak mintak cerai?

            Khayalan Aneesa beransur pergi taktala telinga menangkap bunyi pintu bilik itu di buka.Matanya tertancap ke arah Iqbal.Tiba-tiba darahnya mendidih.Dia berjalan ke arah Iqbal.

            “Aku nak kau ceraikan aku sekarang!Sekarang! Aku tak peduli!”Kata Aneesa dengan berang.Iqbal menggeleng kepalanya.

             “Ya allah!Aneesa?Kenapa ni?”Tanya Iqbal dengan lembut.

           “Shut up!I hate you!Kenapa kau setuju dengan perkahwinan ni?Kau ambik je laa ‘awex-awex’ kau tu jadi isteri kau!Kenapa kau tak bantah je!Aku nak kau ceraikan aku sekarang!Aku nak kau...”

             Jari Iqbal diletakkan di bibir Aneesa.”Sshhh..Aneesa cakap apa ni?”

            Aneesa menepis jari Iqbal.”I hate you Iqbal!I hate you Tengku Iqbal Haqeem!”Aneesa mengambil kunci keretanya lalu keluar dari rumah Iqbal.

             Iqbal juga mengambil kunci kereta BMWnya lalu mengekori Aneesa.Hujan lebat menyukarkan Iqbal mengekori Aneesa.Hatinya resah gelisah.Ada sesuatu yang tak kena.

            Iqbal mengekori kereta Aneesa serapat-rapat yang mungkin.Aneesa berpaling ke belakang.Dia tidak sedar apa yang di hadapannya.Bila dia berpaling ke hadapan..Berdecit tayarnya akibat brek mengejut.Iqbal yang berada di belakangnya tidak sempat menekan brek lalu....

            “Assalamualaikum..Ini Puan Julia ke?”

             “Waalaikumusalam..Ya?Siapa yang bercakap?”

            “Saya doktor Alias,anak puan dan menantu puan sekarang berada di hospital.Anak puan tidak apa-apa.Tetapi..Menantu puan....”

              Puan Julia,puan Maria dan Aiman tercari-cari kelibat Iqbal di hospital itu.Puan Maria dan puan Julia dari tadi teresak-esak menangis.Mana tidaknya,baru hari itu mereka diijabkabulkan,hari itu juga mereka kemalangan..

             “Iqbal?Iqbal tak apa-apa?”Puan Julia keliahatan risau sekali.

             “Iqbal ok mummy..Cuma patah tangan sikit je..”Kata Iqbal dengan tenang.Tapi,mukanya risau semacam.

              “Mana Aneesa?”Tanya puan Maria pula.Iqbal terdiam seribu bahasa.

              “Dia sakit..”Ujar Iqbal dengan suara yang kecil.

               “Ma..Macam mana dengan Aneesa Iqbal?Please explain Iqbal?Mummy tak faham.”Kata Puan Julia dengan separuh merayu.

                 Berat sekali hati Iqbal ingin berkata perkara yang sebenarnya.Dia menghela nafasnya dengan perlahan.Dia mencari kekuatan untuk mengucapkan ayat yang sudah berada di dalam otaknya.

                   “Aneesa..Aneesa hilang ingatan..Kepalanya terhentak kuat kat..”Belum habis ayat Iqbal,puan Maria sudah rebah ke bumi.Aiman pantas merangkul bahu ibunya.

                   “Ibu?Ibu?Ibu?Nurse!”Aiman gelisah.Manakala puan Julia beristifar panjang di situ.Iqbal menundukkan kepalanya.”Macam mana boleh jadi macam ni Iqbal?”Iqbal memandang wajah mummynya.

                      Iqbal bercerita dari A sampai Z.Aiman dan puan Julia beristifar dari tadi apabila mendengar cerita Iqbal.Puan Maria yang baru sahaja sedar daripada pengsan turut beristifar.Pipinya sudah banjir dengan air mata.

                    “Assalamualaikum..Ni keluarga Aneesa?Saya doktor Alias..Anda semua boleh melawat Aneesa sekarang.Tetapi,jangan beri dia tekanan..Dia masih lagi fobia tentang kejadian tadi.Dia juga  mungkin tidak mengenali anda semua..”

                   “Doktor,bila anak saya akan sembuh?”Tanya puan Maria dengan nada yang berharap.

                   “Saya tidak dapat menjawab soalan puan.Minta maaf..Anda semua boleh melawat Aneesa sekarang.Selepas 7 hari nanti,Aneesa boleh keluar dari wad..”Terang doktor Alias.Mereka semua mengganguk perlahan.

                 Sebaik sahaja mereka masuk di dalam bilik itu,mereka terdengar teriakkan Aneesa.Aiman tergesa-gesa merapati adik kesayangannya itu.Kelopak matanya berair.Puan Maria dan puan Julia teresak-esak menangis.

                Iqbal merapati isterinya itu.Aneesa terkejut.Dia mulai meraung seperti kerasukkan.”Siapa awak?!Jangan dekat!Pergi!Pergi!Jangan ganggu saya!”Aneesa menolak-nolak Iqbal.Iqbal masih tidak berganjak.

                Aiman menepuk-nepuk bahu sahabatnya.Iqbal mengganguk.Dia harus bersabar.Puan Maria mendekati anak kesyangannya.”Aneesa,Aneesa tak kenal ibu ke?Aneesa?Jangan laa buat ibu macam ni.Aneesa ingatkan?”Puan Maria merayu.

              “Maria..Sabar Maria..”Pujuk puan Julia.

              “Kalau Iqbal sempat tekan brek time tu..Mesti Aneesa tak..”Puan Maria memintas ayatnya.”Tak..Iqbal tak salah..Iqbal tak salah..”

                “Betul tu Iqbal..Allah ingin menguji kita..Mungkin ini takdirnya...”ujar Aiman dengan perlahan.Aku pasti akan menolong Aneesa mengembalikan ingatannya!Iqbal berazam di dalam hati.

               Hari ini Aneesa di benarkan pulang ke rumah daripada pihak hospital.Aneesa masih tidak ingat apa-apa kecuali Puan Maria,Puan Julia,Aiman,Encik Ahmad,Encik Iqram dan Iqbal.Itupun setiap hari mereka mengenalkan diri mereka pada Aneesa.Syukurlah Aneesa mengingati mereka walaupun hanya nama.

                 “Errrr?Ini rumah agam ke istana ni?”tanya Aneesa sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Iqbal ketawa kecil.
  
                 “Ni banglo laa sayang..”Iqbal mengenyit matanya.Muka Aneesa merah padam menahan malu.

                  “Erk..Aw..Awak pasti ker kita ni suami isteri yang sah?Du..Dulu awak panggil saya sayang ek?”Tergagap-gagap Aneesa bertanya.

                  “Ha’ah~”Iqbal tersenyum nakal.

                 “Saya nak panggil awak apa?”Tanya Aneesa.

                  Iqbal berfikir sejenak.”Panggil saya raja..”Iqbal tersengih kerang wangi.
                  “Huh?Raja?Err...Ok..”Dengan selamba badak,Aneesa bersetuju.Makin lebar sengihan Iqbal.

                   “Erm..Jom kita naik ke atas..”Ujar Iqbal.Kening Aneesa terangkat.”Huh?Buat apa kat atas..”

                Iqbal tersenyum nakal.Aneesa memukul lembut bahu Iqbal.”Gila!”Iqbal ketawa.”Aduh..Kenapa pukul bahu raja pulak ni?Bukan buat apa-apa laa..Pergi kat atas tu sebab nak letak barang-barang ni.Takkan nak letak kat sini..”Iqbal menahan perutnya.Senak perutnya.

                 Aneesa mencebik.Dia berlalu dari situ.Nak cover malu laa tu.Iqbal tersenyum melihat karenah Aneesa.Kalau Aneesa dah pulih ingatannya,garenti kena cincang jadi ayam ala prancis si Iqbal ni.

                  Iqbal menyusun barang-barang Aneesa di dalam almari pakaian.Aneesa mengetuk pintu lalu masuk ke dalam.”Ni bilik Aneesa ke?”

                  “Tak..ni bilik kita~”Mata Aneesa mencerlung ke arah Iqbal.Iqbal ketawa terbahak-bahak.Aneesa berjalan ke arah bilik kerja Iqbal.

                    “Err..Ini apa?” Aneesa menunjuk sebuah tab di atas meja Iqbal.

                    “Oh,itu tab..Kita boleh pesan macam-macam jenis air kat rumah ni dengan menggunakan tab ni tau.”Iqbal tersenyum nakal.

                      “Oh...”Mata Aneesa tertancap pula pada telefon bimbit Iqbal.”Tu apa pulak?”Iqbal memandang telefon bimbitnya.

                       “Ni ke?Benda ni boleh membuatkan kita bercakap dengan robot tau..”Mata Aneesa berkelip-kelip.”Boleh saya tengok sekejap.”Iqbal mengganguk.

                      Tanpa sedar,Aneesa terdail nombor Tina,salah seorang daripada ‘awex-awex’ Iqbal.
                          “Hello sayang~Sayang buat apa tuh?Lama betul tak call..”Kata Tina dengan manja sekali.Iqbal terus menutup telfon bimbitnya.”Haa..Tengok?”Aneesa memandang Iqbal ke atas dan ke bawah.Dia berlalu dari situ.Malas dia  mahu berhadapan dengan Iqbal.

                         Iqbal mengurut dadanya.Iqbal ketawa kecil di dalam hati.Iqbal menuruni anak tangga dengan cepat sekali.Dia melihat kelibat Aneesa di dapur.Dia berjalan menuju ke arah dapur.

                         “Aneesa?Aneesa buat apa kat sini..”Tanya Iqbal.Aneesa sedang leka memerhati peti sejuk yang besar itu.”Apa benda tu?”

                         “Tu ker?Tu tempat kalau hari panas sangat lepas tu badan rasa berpeluh-peluh,masuk je dalam tu..Garenti sejuk..”Aneesa memandang Iqbal dengan perasaan ragu-ragu.Baru sahaja dia ingin bertanyakan sesuatu,puan Julia memanggilnya.

                         “Aneesa..Ada orang tengah cari Aneesa ni..”Aneesa bergegas ke pintu rumah itu.Iqbal masih lagi berada di dapur.

                         “Err..Aneesa pergi sekejap ya mummy..Nanti cakap kat raja tau..bye..”
                     
                        “Raja?”Iqbal berjalan ke situ sambil membawa segelas jus epal.”Iqbal,siapa raja tu?”Iqbal tersedak.”Bertuah punya budak..Iqbal jangan bagi Aneesa ‘ajaran sesat’ pulak!”Iqbal tersenyum nakal.

                       “Aneesa mana mummy?”Puan Julia memandang Iqbal beberapa saat kemudian dia berlalu pergi.”Dia pergi dengan Sally..”Iqbal terkejut.”Apa?!”

Bersambung....

5 comments:

  1. Lawaklah cite nie mane ade org ilang ingatan sampai xtau handset 2 mende ape.......hehehe lawaklah.......

    ReplyDelete
  2. hehehe...unik katakan... :3

    ReplyDelete
  3. Say suka..Tapi ayat dia macm cepat sangat..Boleh tak explain kan sikit..hehe,sorry sy ni lambat skit.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't worry,be happy..part mane yg tak phm tu?> :3

      Delete
  4. best.. smbung la lg.. :)
    suka bca..

    ReplyDelete