Thursday 8 March 2012

Babysitter Mr.K[3]


Aneesa menggigit geram bibirnya yang mungil itu.Dia menjeling ke arah pintu bilik ‘budak’ yang perlu dijaganya,Iqbal.Dia berjalan dengan menghentak-hentakkan kakinya.Nasib baik dia ni slim dan kecik,kalau terlebih comel mahu runtuh rumah itu dibuatnya.
              Dia membuka pintu bilik itu dengan malas.Mulai pagi hari ini sampai lah dia dah habis bertugas sebagai babysitter ‘budak kecik’ tu,dia harus mengemas bilik Iqbal,masak dan bla bla bla..Bukan main terkejut unta Aneesa melihat bilik Iqbal yang seluas ‘benua’ itu.
              Aneesa menggosokkan matanya.Dia seakan-akan tidak percaya.Bukannya macam tokang pecah tapi bersih giller!!Dan paling mengejutkan Aneesa,ada banyak patung beruang di atas katil Iqbal.
              “Ni bilik perempuan ke pondan?Ops!Lelaki..”Aneesa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Dia geram.”Hish!Kalau bilik dah sekemas dan sebersih macam bilik pompuan ni,tak payahlah suruh aku tolong kemaskan!Ingat aku ni maid dia ke!”
              Bermulalah Aneesa berceramah.”Cemburu jugak aku tengok bilik mamat ni.Clean and clear macam pencuci muka je bilik mamat ni.Ni mesti sengaja nak kenakan aku ni.Dah laa ada patung beruang.Ewwww!Pompuan ker?”
               Dia berjalan ke arah bilik air didalam bilik itu.”Mak ai!Besarnya!Dapat letak swimming pool tu!Tapi,swimming pool budak umo 3 tahun je laa.”Aneesa tersengih macam kerang wangi.
               Dia ,melihat di sinki yang diperbuat dari mana entah dia pun tidak tahu.Tapi,style giller!Dia tercengang apabila melihat produk-produk pencuci muka Iqbal.Dia meneliti satu persatu.
               “Hish!Jenama mana entah mamat ni pakai?Jenama luar negara tu.Hish!Apalah nak jadi orang sekarang!Sepatutnya kita beli laa jenama tempatan.Kesian laa peniaga kat Malaysia ni.Jadi bankrap sebab barang dah tak laku lagi.tsk..Tsk.Tsk.”Aneesa menggeleng kepala.
              “Aku ni,mengata orang je lebih.Tu kereta aku tu,dari luar negara jugak.Hish!Mulut aku ni.”Aneesa memukul perlahan mulutnya.
             Dia berjalan ke arah meja solek pula.Aneesa melihat dirinya di cermin.”Pergh!Boleh tahan jugak comel aku ni kan.Ahahaha..”Aneesa memuji dirinya sendiri.Matanya kini tertancap ke arah produk-produk penjagaan kulit diatas meja solek itu.
             “Mamat ni gillerz kot?Banyak betul produk penjagaan muka dia!Sunblock?Aku pompuan ni pun takde laa banyak pakai penjagaan kulit tu.Sunblock  pun aku jarang-jarang pakai.putih je aku ni.Mamat tu kan anak mamat salih.Tak dapat kena panas sikit.Kesian-kesian.”
             Aneesa berjalan masuk ke bilik kerja Iqbal pula.Dia berjalan ke arah meja kerja itu.Dia kehairanan.”Kenapa pelik semacam je meja ni?Jari Aneesa tertekan suis on tanpa Aneesa sedari.
             Ternganga Aneesa melihat meja itu.”Memang sah gillez mamat ni!Dia ambik meja macam cerita ‘Fugitive Plan B’ tu!Best giller dowh!”Tiba-tiba telefon bimbit Aneesa berbunyi.
            “Opocot Rain handsome punjaan hatiku!”Aneesa mencebik.Dia mengangkat panggilan itu.”Assalamualaikum?Siapa ni?”
              “Waalaikumusalam.Dah habis pusing satu round kat bilik kerja saya ker?Suka sangat kat bilik tu sampai tak nak keluar ker?”Aneesa terkejut.Dia menoleh belakang.Iqbal!Iqbal tersenyum sambil jarinya bermain-main dengan telefon bimbitnya yang berwarna biru itu.
              Aneesa segera mematikan panggilan itu.”Laa..Kenapa  putuskan?”Aneesa menjeling geram pada Iqbal.”Membazir je!Eeeiii!Tepilah!”Aneesa menolak lelaki itu ketepi.Nasib baik berlapik kalau tak..Haram,haram..Haram..
             Aneesa berjalan laju menuruni tangga itu.lenguh juga dia terpaksa menuruni tangga dari tingkat 3 sampai laa paling bawah.Mahu semput dia kerana menuruni anak tangga yang berpuluh-puluh itu.
            Eeeii!Cubalah ada lift ker,apa ker!Aneesa membebel didalam hati.Dia berjalan ke ke dapur dengan laju sekali.Iqbal yang berada di belakangnya,masih lagi mengekorinya.
            Dia berjalan ke sinki Iqbal pun ke sinki.Di berjalan ke rak pinggan mangkuk,Iqbal pun ke sana.Dia berhenti berjalan.Dia memusing badannya berhadapan dengan Iqbal.Kening Iqbal terangkat.
           “Kenapa awak ni dari tadi ikut saya?!Tak de kerja lain ke?Stalker!”Marah Aneesa.Iqbal menahan ketawa.Merah padam mukanya menahan ketawa.
           “Mana ada saya ikut awak.Tadi,saya nak basuh tangan tapi tak jadi sebab tiba-tiba tekak saya ni rasa haus pulak.Saya baru je nak ambik gelas tiba-tiba awak berhenti mengejut.Nasib baik saya sempat tekan brek tadi.Awak boleh tolong tepi sikit?Saya nak ambik gelas.”
           Merah menyala muka Aneesa.Malu!Adoiyai!Mana nak letak muka yang cute ni?Malunya!Aneesa bermolog sendiri.
          Dia duduk terus di meja makan yang sederhana besar itu.Iqbal duduk berhadapan dengannya.Zalia,pembantu rumah itu ketawa melihat gelagat mereka berdua.
         “Macam mana awak boleh kenal abang saya?”Soalan cepumas itu keluar dari mulut Aneesa.Kening Iqbal terangkat lagi.”Aik?Takkan Aiman tak cerita langsung kot?”
         “Huh?”Iqbal berdehem.”Aiman tu best friend Iqbal faham?Kitorang memang rapat sejak dahulu lagi.Anyway,boleh tak us jangan bahasakan diri masing-masing dengan ‘saya-awak’?It’s awkward you now.Just call me Iqbal.Kalau nak,boleh panggil onee-chan atau paling special oppa~”
        Aneesa terlopong.Mamat ni terer korea?!Mamat ni misteri sungguh!Memang nakal betul laa!Aneesa tertanya-tanya.Iqbal mengenyit matanya yang sungguh cantik itu.
       Aneesa mencebik.Kureng betul abang aku!Sampai hati dia tak cakap kat aku yang dia best friend mamat nih!Dah laa aku mengata best friend abang aku ni mengkuk ayun!Aneesa mengeluh .
Tiba-tiba telefon bimbit Iqbal berbunyi.”Assalamualaikum.Yes?Ooo..Flight tak lama lagi ker?Ok.I bersiap sekarang.”
                     “Nak gi mana?”Rajin betul mulut Aneesa bertanya pada lelaki yang baru sahaja dia kenal semalam.
                    “Nak gi cuti-cuti luar Malaysia kejap.Lusa baru balik.”Iqbal berlari ke arah lift.Aneesa terkejut.Bila masa pulak rumah ni ada lift?!Aneesa menjerit didalam hati.
                  Tidak sampai beberapa saat,Iqbal turun dengan memakai baju uniformnya serta luggage begnya yang sederhana besar.
                Aneesa ternganga.Dia melihat Iqbal yang masih tidak lekang dengan senyuman menggodanya.
                 “Ok laa.Iqbal nak gerak ni.Take care.Jangan nakal-nakal tau.muah!”Iqbal mengenyitkan matanya lalu membuat flying kiss.
                Aneesa membuat riak muka ingin muntah.Tetapi hatinya semakin tertanya-tanya.Pilot?!Iqbal pilot!Mamat yang ‘nakal’ tu pilot?!Entah-entah,habis semua pramugari dia tackle!
              Anessa menggeleng-geleng kepalanya.Kepalanya menjadi pusing dengan karenah Iqbal.Baru je 2 hari.Esok lusa macam mana pulak.
             “Siapa mamat tu sebenarnya ek?Misteri betul laa..”Telefon bimbitnya berdering.”Opocot G.O hansome!”Habis semua artis korea terkeluar dari mulut Aneesa ni.
           Aneesa melihat nama di skrin telefon bimbitnya.Haa,ni sorang lagi ni.Aneesa berdehem.Dia menjawab panggilan itu.”Assalamualaikum~”Lemah lembut sekali dia memberi salam.Tiba-tiba..
         “Haaa!Kenapa tak cakap yang mamat mangkuk ayun tu,Ops!Iqbal tu best friend abang?!Kenapa?Kenapa?Kenapa?Suka sangat suruh Aneesa malu tau!Eeeiii!”Mulut Aneesa sudah macam Machine Gun gayanya.
        “Ala..Sorry laa.”Aneesa memintas percakapan Aiman.”Sorry,sorry..Baik dengar lagu Sorry,Sorry je!Huh!”
       “Ala,lagipun Aneesan tak tanya pon..”Aneesa mengetapkan giginya.
       “Urgh!Malas laa nak cakap dengan abang ni!Mentang-mentang abang best friend dengan Iqbal!Tak pe!I’m ok without you!”Aneesa meletakkan panggilan.
      Dia menjeling ke arah jam dinding yang tergantung di dinding itu.Sudah hampir masuk solat Asar.Darahnya menggelegak.
      Aaahhh!Aku tidak sanggup jadi babysitter mangkuk tingkat!!!!!!!!!!!!!!!!Aneesa menjerit sekuat-kuat hatinya.Tapi,dalam hati jelah.
      Kalau jerit kuat-kuat nanti kena tangkap pulak.Tuu,masuk kat hospital bahagia tu.Tak sanggup rasanya nak masuk kat situ.Ngeee!!

Bersambung...

2 comments:

  1. best n menarik..
    tp leh x pnjg skit...

    ReplyDelete
  2. best best ada lagi n3 baru.. tapi tak berapa
    panjang rasa tak puas baca.

    ReplyDelete