Tuesday 27 September 2011

"Taiko vs Budak walkman"(14)

Alina dan Hazruqee berjalan beriringan.'Tak sangka jugak mamatbackstreet ni bolrh pakai baju melayu macam ni.Setahu aku,mamat ni cuma reti pakai jean,cincin besi dan baju yang pelik-pelik'Alina berkata didalam hati.Tanpa disedari oleh Alina,dia tersenyum sendiri.Hazruqee melihat Alina yang masih tersenyum sendiri walaupun Alina menekur pandanganya ke bawah.Hazruqee tersenyum"Kenapa senyum sorang-sorang ni..ada something lah tu.."Alina berjalan lebih laju dari Hazruqee.Malu~
   Apabila mereka masuk dewan itu,semua orang senyap.Macam syerif masuk kasino.Mereka berdua duduk semeja dengan Nish dan Wani.Wani dan Alina sedang bersembang.Mereka tidak menghirau orang yang duduk di sebelah menyebelah atau orang yang sedang berjalan ke sana sini.
   "Kita akan menyaksikan sebuah persembahan.."Alina dan Wani masih bersembang.."Terima lah,Khairul Hazruqee dengan lagunya.."Alina,Wani dan Nish serentak menala ke atas pentas itu.Alina sudah ternganga."Lagu ni for my pal,my roomates,my classmates,my date toninght and oohh...this songs for to someone.."Dewan itu gemuruh dengan sorakkan."Terimalah 'Percaya padaku'"Sekali lagi dewan itu gemuruh dengan sorakkan para penonton.Alina ternganga.Tak sangka betul taiko ni pandai bernyanyi.Yang Alina hanya tahu suara Hazruqee hanya untuk menyindir,bertekak dengannya,dan macam-macam lagi.Tak sangka sungguh.Suaranya memang merdu.
   "Aku tak tahu..Apa yang aku rasakan.."Hazruqee mula bernyanyi dengan memetik gitar sambil duduk di atas kerusi di pentas itu.Alina hanya diam saja."Hingga waktu..menjemputku.."Hazruqee menyanyikan rangkap terahkir.Sorakkan pelajar-pelajar dan guru-guru semakin nyaring.Semua mereka berdiri sambil bertepuk tangan.Alina seorang sahaja yang tidak berdiri.Mereka semua sedang bersembang dengan kawan masing-masing.Alina dari tadi diam seribu bahasa.Hazruqee hanya memerhatikan Alina dengan menggunakan ekor matanya sahaja walaupun sibuk bersembang dengan Nish yang dari tadi berceloteh itu ini.Alina masih terkejut beruk kali..hehehehe

No comments:

Post a Comment