Monday, 16 January 2012

[1]

Cinta?Apa itu cinta?Adakah cinta itu indah?Atau menyakitkan?Aku sendiri pun tidak tahu.Walaupun aku yang cute giller ni,aku belum pernah jatuh cinta.Kata orang kalau cinta jangan kacau.Ala,lagu 'Kalau cinta'tu..Hihihi..
    Ain berjalan berdekatan dengan sawah padi itu.Sudah lama dia tidak balik kampung kerana dia belajar di Universiti Melaya.Rindu sangat dengan kampungnya itu.Ketika Ain sedang menarik nafas dalam-dalam,tiba-tiba"Ain!!Masuk dalam rumah lagi!Dah senja ni!"laung ibunya di dalam rumah.Terbatuk-batuk Ain dibuatnya.
    Ain mencebik.Dia masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang malas.'Baru je nak tenang fikiran..Potong mood orang betul..'Ain membebel dalam hati.
    "Hah!Mulut tu dari tadi muncung..Jadi itik baru tahu.."Bebel ibunya.Makin panjang laa muncung Ain.Ayah Ain yang sedang leka membaca akhbar itu menggeleng kepala."Kamu berdua ni..Sudah-sudah lah tu cik Leha oiii.."Tegur suaminya.
    "Eh!Saya pulak yang kena.."Kata ibu Ain sambil memuncungkan mulutnya.Sama je!Ayah Ain,encik Arman mengerling ke arah isterinya,puan Zaleha."Kalau Ain dengan awak dah muncung ni,saya pun nak muncung jugak laa.."Encik Arman pun muncung sama."Dah lah tu bang..Saya dah tak tahan tengok abang..Muncung macam itik..Bapak itik je gayanya..Hihihihihi"Puan Zaleha ketawa sehingga keluar air matanya.
     Encik Arman masih seperti tadi.Tidak bergerak seinci pun mulutnya itu."Jap...Kalau Ayah bapak itik..Ibu pun mestilah mak itik kan??Ahahahhahaha.."Ain ketawa sambil berguling-guling di atas permaidani itu.
     "Ain tu anak itik!"Serentak puan Zaleha dan encik Arman menjawab."Sengal jugak mulut ni..Aduh..."Kata encik Arman sambil mengurut-urut mulutnya yang berasa sengal.Mana tidak bibir sengal kalau dari tadi muncung selama 5 minit!
   "Tu laa..Kalau nak bertanding dengan saya dan Ain,mesti abang kalah punya...Hihihihihi.."Encik Arman buat gaya ala-ala merajuk.muncung lagi.Ain menahan perutnya.Senak sedikit perutnya akibat dari tadi ketawa tak berhenti.
   "Sudah laa tu ayah..Nanti sengal pulak mulut ayah tu..Ahahahahah"Encik Arman mengerling anak dan isterinya itu."Ayah buat latihan je..Tengok laa nanti..Ayah akan kalah kan korang berdua..Muahahahhaha.."Puan Zaleha dan Ain menggangkat kening double-jerk.
                                                        
                                                  Hubbyku Super Kawaii~

Banyak-banyak ayam,ayam apa yang paling mahal??Ayam kampung?Salah.Jawapannya ayamas.Hehehehehe.Cakap pasal ayam ni,korang tahu tak aku tengah buat apa sekarang ni?Jeng..Jeng!Tangkap ayam!
     "Oi Justin Bieber oi!Jangan laa lari!Letih ni!"Kata Ain sambil mengejar 'Justin Bieber'."Ya allah..Ain,kenapa kejar ayam tu?!Hish!Kamu ni..Macam-macam nama kau bagi kat ayam tu..Christiano Ronaldo laa.."Bebel puan Zaleha.
     Bedebukk!Ain terjatuh.'Justin Bieber' dah berjaya di tangkap."Ain!Ya allah budak ni!Kamu tu anak dara!Kan dah kotor baju tu..Eeeii budak sorang ni!"Bebel puan Zaleha yang duduk di anjung rumah itu.
     "Ayah cakap kalau tangkap  ayam ni nanti ibu masakkan kari kegemaran Ain..Ni yang Ain tangkap ni..Fresh lagi.."Ain lagaknya seperti penjual di pasar malam yang membuat promosi kepada pelanggan.
      Puan Zaleha menggeleng kepala."Kamu percaya cakap ayah kamu tu?Tadi dah ayah kamu beli ayam..Hish!Ada..Ada je lah korang ni.."'Justin Bieber' ditangan Ain terlepas.'Justin Bieber' buru-buru lari.Lewat pergi konsert kot?
      "Ayah!!!!!!"Encik Arman yang berselindung di tingkap itu menahan ketawa.
Pada malam itu,Ain masih merajuk dengan ayahnya.Muncung sedepa.Encik Arman hanya mampu tersengih.Tiba-tiba,telefon bimbitnya berbunyi pesanan masuk.
      Ain mengambil telefon bimbit yang berjenama Nokia itu.Dia tersenyum.Aril rupa-rupanya.

   Salam...Ain tengah buat apa sekarang??

Ain membalas balik..

    W'slm..Ain tengah buat kuih tahun baru cina ni..XD

 Ain tersengih.Suka benar dia loyar buruk.

     Ahahhahaha..Oooo,tak ajak abang Aril ek?Sampai hati...:'(

Ain tegelak."Ada ada jelah abang aku sorang ni..Haiyaa..

     Sampai sangat..Bila abang Aril nak balik kat sini?Kesian ibu dan ayah..Mentang-mentang laa dapat pergi luar negara...

 Aril merupakan abang Ain.Dia mendapat biasiswa untuk menyambung pelajarannya di luar negara untuk menjadi seorang pilot.Dan kini,abangnya sudah berjaya menjadi seorang pilot.

     Tu perli ke apa tu??Hihihihi..Ala,nanti abang Aril bawak laa Ain pergi luar negara..Tapi kena bayar tiket tau..Tak de percuma..Kalau nak percuma jugak,duduk kat tempat letak bagasi-bagasi tu..XD

Ain mencebik.

      Huh!Tunggu laa Ain dapat kerja nanti..Walaupun Ain baru je habis belajar,nanti berduyun-duyun orang datang tau!

      Datang?Datang meminang ke dik??Wah..XD

Membulat mata Ain.'Tak guna betul laa abang aku sorang ni!'
 
      Eeeiii!dahlaa chow dulu..A'slm! :P

Aril ketawa sakan disana.Sah adiknya merajuk.
     
       Kalau 'buat' nasi minyak,jangan lupa abang Aril tau..W'slm..Kirim salam dengan ibu dan ayah k?Bye2..Hik hok..

Siap laa Aril esok dikerjakan oleh Ain.

                                                  Hubbyku Super Kawaii~

Friday, 23 December 2011

Di sebalik ais krim ada cinta??Eh?!! [9]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Argh!Pagi tadi timbul masaalah..Sekarang ni masaalah timbul lagi!Macam mana mereka nak tidur ni?Takkan Iman tidur kat lantai kot?!Grrrr!Iman merenung Iqkram dengan tajam!Mengerunkan.Iqkram masih sepi selepas 'insiden' tadi!Kalau nak cakap bisu,tak jugak..Mulut Iqkram lah selalunya pot pet..pot pet!Rimas!
   Iqkram masih teringat kisah lamanya.Mengapa Mia kembali??!!Tidak puas kah hatinya menyakiti hati Iqkram?!Iqkram mengeluh."Ehem!!!"Iman berdehem dengan kuat.Iqkram memandangnya dengan malas dan meluat.Kacau daun betul laa!"Aik?Sakit tekak ke??Tadi membebel yang bukan-bukan..Tu la sakit tekak tu..Padan muka!"Sindir Iqkram?
   Amboi!Sindir namapak!Mata Iman membulat."Ek eleh!Ada gua kacau sama lu?!Tak de kan!Suka betul lu naikkan darah gua!"Iqkram menjeling malas."Hmm..Kesian..Muda-muda dah darah tinggi..Malas la aku nak bertekak dengan kau!"Iqkram terus baring di atas katil itu tanpa mengendahkan Iman.Iman geram
   Dia juga baring di sebelah Iqkram lalu menolak Iqkram dengan menggunakan kakinya.Susah betul tolak mamat ni!Iqkram tidak mengalah!Dia menolak Iman.Terjatuh Iman di buatnya.Iqkram tersenyum kemenangan.Iman tidak mengaku kalah!
    Tejadi pergelutan di atas katil itu.Sorang tolak sorang.Tolak,jatuh katil.Tolak lagi,jatuh katil.Kalau Iqkram yang jatuh tak apa..Ni Iman pulak yang jatuh!"Eeeeii!Ok!Kalau macam tu..Kita buat perjanjian!Kita main 'osom'!Sapa menang tidur kat katil,sapa yang kalah tidur kat lantai tanpa selimut dan bantal!Diulangi tanpa bantal dan selimut!"Iqkram bersetuju dengan cadangan Iman itu.
     "Osom!"Argh!Iman gunting,Iqkram pula batu.Aish!Iman kalah..Kalah lagi..Kalah lagi..Iman geram!"Ish!Mana aci!Kau asyik batu je!"Iqkram kini sudah berbaring di atas katil yang empuk itu."Kau tak kata pun tak boleh buat beberapa kali..Tak cakap pun tak boleh buat batu satiap kali.."Iqkram menjelir lidah.Iman mengeluh.Bodoh betul dia!Kalau dia tahu dia kalah,dia tidak akan sesekali buat perjanjian begitu!Argh!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Iqkram menggigil ke sejukkan.Pahal pulak aku rasa sejuk macam ais ni?!Dia membuka matanya.Terkejut!Aik?Macam mana pulak aku tidur kat lantai ni?!Dia menjeling ke arah Iman yang sedang nyenyak tidur di atas katil!Terbalik pulak!
   Kepalanya terasa sakit.Dia melihat ke dalam cermin.Aik?!Benjol!!!Dia menjeling ke arah meja kecil di tepi katil itu.Meja itu senget??
    Iman teringat pasal semalam.Dia menolak Iqkram ke bawah dengan menggunakan kaki.Habis kepala Iqkram terlantak bucu meja kecil itu.Iqkram tidur mati.Patutlaa meja tu senget sedikit.
    Iqkram mengagak Iman yang membuat kepala benjol!Matanya sudah keluar 'laser'!Tunggu la kau!Iqkram mandi lalu terus pergi ke dapur..Hehehehehehe..Siap kau!
     Iman yang baru sahaja bangun pagi terhidu bau yang enak dari dapur..Iman sedang menurun tangga tiba-tiba di sapa seseorang"Amboi!Sedap tidur tadi?!"Sindir Iqkram.Iman menjeling."Wah..Bibik masak apa ni?!Iman makan dulu ya?!"Ohohoohohoho..Tiga..Dua ..Satu..Iman terpupus.Mak ai!Masinnya!Berapa kati bibik letak garam dalam ni?!Iqkram tersenyum sinis.Tiba-tiba,Ibu Iqkram berjalan ke arah mereka."Haa..Ibu..Iqkram nak pergi jumpa kawan sekejap.."Ibunya terkejut..
      "Amboi..Baru je kahwin,nak keluar??"Ibunya menyindir.Iman baru teringat dia perlu membeli sesuatu di The Mall."Oh ye..Iman pun nak keluar sekejap..Iman nak beli something kat The Mall.."
      Sedang Iman membelek barang yang baru di belinya tadi dia ternampak seorang lelaki yang amat di kenalinya bersama seororang wanita?Siapa tu??Iqkram?!Buat apa dia kat sini??!Tadi cakap tak pergi The Mall..Lagipun,kami tak pakai satu kereta.Hrmm??Sapa pulak wanita itu??Bukan wanita yang kelmarin..Wanita lain pulak?!Hampir terlepas barang yang baru Iman beli sebentar tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
P/S:Siapa pulak wanita tu ye??Hihihihihihihi ^-^

Thursday, 22 December 2011

Di sebalik ais krim ada cinta??Eh?!! [8]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kini,Iman sudah bertunang dengan Iqkram.Hanya beberapa hari lagi,mereka akan berkahwin.Dia melihat cincin yang bertahtakan berlian tersarung di jari manis tangan kirinya.Iman rasa mahu di campakkan sahaja cincin itu di dalam longkang!
   Iman teringat perbincangan tentang pertunangannya dengan puan Anis."Umi,kalau bertunang boleh putuskan?"Seolan cempumas itu keluar dari mulut iman.Terbatuk-batuk puan Anis mendengar soalan itu."Kamu dah gila ke?"Marah puan Anis."Baru dua hari bertunang dah nak putus?!"Sambung puan Anis.Iman buat muka derk.
    "Iman??Mengelamun ya??Haa..Daripada mengelamun,nah..Cuba baju pengantin ini...Cantik laa umi tengok.."Iman memandang malas ke arah baju pengantin yang di hulur oleh puan Anis.'Aku ke,umi aku yang nak kahwin ni??Baju ni,punyalah ber'bling-bling'...Menyilau pemandangan...hehehehehe..'Kata iman di dalam hati
     Hampir dua jam mereka berada di butik baju pengantin itu.Akhirnya Iman sendiri yang memilih baju pengantinnya.Baju pengantin itu di tempah khas.Bajunya tidak 'bling-bling'.Baju pengantinnya simple tapi moden.Baju pengantinnya berwarna merah dan hitam.Manakala dua lagi baju pengantinnya berwarna biru muda dan putih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Urgh!Iman stress!Kalau larikan diri boleh ke??Ish!Iman,serius!Hari ini mereka akan disatukan!Tidak!Dia tidak sanggup melihatnya!Argh!Kalau boleh hari itu mereka bernikah,hari itu juga dia minta cerai!Namun apakan daya!Iman masih melayan perasaannya.Dia tidak sanggup melihat lelaki di depannya!
   "Aku terima nikahnya Nur Iman Qistina Binti Muhammad Zakri dengan mas kahwin lapan ratus ringgit tunai.."
   Dengan sekali lafaz,Iman dan Iqkram  menjadi suami isteri yang sah!Dan tiba waktunya pembatalan air sembahyang.Iman menyarungkan cincin di jari manis  Iqkram.Iman menggenggam tangan Iqkram dengan kuat!Iman tersenyum sinis.Hampir terjerit Iqkram menahan kesakitan.
   Dan tiba masa Iqkram membalas dendam.'Ohohohohoho..Siap kau..'Kata Iqkram di dalam hati.Baru sahaja dia ingin menyarungkan cincin di jari manis Iman..Tiba-tiba
    "Berhenti!!"Jerit salah seorang dari tetamu itu.Perempuan?!Muka perempuan itu bengis!Semua tertumpu kearahnya.Iqkram terkejut.."Mia.."Kata Iqkram dengan perlahan..Mia?Siapa tu??


P/S:Siapa perempuan itu??Mia??Apa hubungannya dengan Iqkram??^-^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, 21 December 2011

Di sebalik ais krim ada cinta??Eh?!! [7]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nasib baik hari ini hari ahad..Dapat laa aku bermalas-malasan.Iman masih menutup seluruh badannya dengan selimut tebal.Ah..Tenangnya..Aman dan Damai..Tiba-tiba..
   "Pang!"Pintu biliknya terbuka luas.Iman geram.Siapa pulak yang ganggu aku tengah tidur ni!Matanya masih kelat."Hoi!Bangun laa...Dah petang ni..Matahri dah nak terbenam lagi ni dik oii!!"Iman kaku.Tidak bergerak seinci pun.Izz menarik selimutnya.Mata Iman masih terpejam.
   Izz menarik tangan Iman kemudian iman baring..tarik lagi,baring lagi..Tarik lagi,baring lagi.Izz menggigit bibir.Dia naik di atas katil itu lalu melompat..Lompat..Lompat..Lompat..Tak bangun jugak!Izz turun dari katil itu.
    Dia berjalan ke bilik air.Dia mengambil sebesen baldi kemudian,dia menyimbah air itu ke arah Iman.iman masih tidak bergerak.Izz rasa  hairan.."Eh..Jangan-jangan pengsan tak??!!Iman!Iman!Bangun!Oi!"Izz cemas.
     Tiba-tiba Mak Jah datang..Terkejut Mak Jah apabila Izz menjerit tadi.Dia melopong apabila melihat katil Iman basah."Apahal Iman, Izz??!!"Izz mencerita segalanya perkara yang brlaku sebentar tadi.Tiba-tiba Mak Jah ketawa.izz kehairanan.."Ahahahahaha...Ya allah..Kau tu dah lupa kaa.."Izz kehairanan..Ek?Lupa??Lupa apa pulak??
      Mak Jah berkata kepada Iman."Iman,cerita 'Korean Wave' dah start.."Iman automatic bangun.Terkejut Izz."Kenapa tak cakap je dari tadi.." Kata Iman.Dia terus keluar dari bilik itu walaupun rambut dan baju agak sedikit basah.Terkebil-kebil Izz di situ.Mak Jah ketawa lalu menyambung kerja memasaknya yang terbengkalai tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Iman!!!Cepat laa siap..Umi tunggu ni haa!"Iman berebut menurun tangga.Tiba-tiba sahaja puan Anis mengajaknya keluar makan.Tadi puan Anis juga memesan memakai make-up.Iman pelik.Selalunya kalau dia keluar sendiri atau dengan keluarga dia tidak memakai make-up..Tidak pula keluarganya merungut tentang itu.
   Puan Anis sengaja bohong  keluar makan malam.Kalau Iman tahu puan Anis dan dia menemui bakal suami Iman yang keluarganya sudah setuju pinangan dari keluarga kakak iparnya itu,mesti dia tidak mahu dan mengamuk sakan.
   Sampai sahaja di restaurant itu,mereka telah duduk meja yang di tempah oleh kakak ipar puan Anis.Iman pelik.Kenapa mesti tempah meja kat sini pulak??Ada acara penting ke??
   Tiba-tiba seorang wanita yang berusia lingkungan empat puluh lebih tahun bersama seorang lelaki yang berkulit putih dan berbadan tegap dalam lingkungan dua puluh tahun duduk di meja itu.Iman sedang menikmati air itu,tersedak.Lelaki itu terkejut."Eh..Iman..Ok ke ni??"Iman terbatuk-batuk.
    Puan Anis dan Ibu Iqkram berceloteh itu dan ini..Mereka juga berceloteh tentang anak-anak mereka.Iman Iqkram buat pekak.Malas nak dengar.Mulut pun macam kena sumpah jadi orang bisu je..Tiba-tiba puan Anis berkata kepada mereka berdua.
    "Iman,Iqkram..Kami nak kamu berdua bina masjid.."Iman dan Iqkram kehairanan..Kenapa nak buat masjid??Ada duit ke nak buat masjid??"Kami berdua mana cukup nak buat masjid umi..Surau boleh.."Iman dan Iqkram tidak faham.."Puan Anis dan ibu Iqkram,puan Liyana menggeleng kepala.Nama je belajar luar negara..Tak paham pulak..
    "Bukan masjid tu..Maksud umi kamu tu,kahwin...Korang akan kahwin dua bulan akan datang."Terang puan Liyana.Air di dalam mulut Iman terpupus keluar terkena Iqkram.
    "Hah?!Khawin??!!!"Serentak mereka menjerit.Iman rasa mahu pitam sahaja.Restaurant itu bising buat seketika.Semua mata tertumpu ke arah meja mereka.Tidak!!!!!!!!!!!!!!!Iman dan Iqkram menjerit di dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, 20 December 2011

Di sebalik ais krim ada cinta??Eh?!! [6]

Yey!Iman menjerit keseronokkan di dalam hati.Bermulanya pada hari ini,di berkerja di syarikat yang terkemuka di Malaysia dan Asia.Oh~Hatinya gembira sekali!Dia merasakkan hari itu merupakan hari yang paling terindah di dalam hidupnya.Oh~Bahagianya!Dia berasa amat gementar.Seluruh badannya menggeletar.Nervous!Aah!Iman fightting!
   Encik Zainal di tugaskan untuk memperkenalkan kepadanya staf-staf dan serba serbi tentang syarikat itu.Iman masih meneliti sijil-sijil yang tergantung di dinding aras 12 syarikat itu."Oh!Encik Akmal!Lama tidak berjumpa...Tan sri sihat kaa??"Tanya encik Zainal kepada lelaki yang bernama 'Akmal'.Iman tidak menghiraukan.Dia masih meneliti sijil-sijil yang dibingkaikan di dinding itu yang tidak jauh daripada mereka berdua.Lelaki itu menjawab."Allhamdulillah..Dia sihat.."Lelaki itu masih meneliti file yang berada di tangannya.
    Sudah lama encik Zainal tidak berjumpa dengan keluarga Tan sri..Walaupun Akmal bekerja di situ,tetapi mereka jarang berjumpa kerana Akmal selalu sibuk dengan kerjanya.Syarikat itu milik keluarga Tan sri..Keluarga mereka juga amat di hormati..
   "Ni pekerja baru kita...Dia bekerja sebagai Juruukur bahan di syarikat ini..Jadi,kamu berdua akan berkerjasama lah nanti ye.."Sambung encik Zaidi lagi."Ini Nur Iman Qistina..Cik Qistina,ini anak kepada pemilik syarikat ini..Muhammad Iqkram Denny Akmal.."Apabila mereka mendengar sahaja yang di sebut oleh encik Zainal,mereka berdua berhenti membuat kerja masing-masing..
   Dan apabila mata mereka bertentangan."You!"Serentak mereka berkata.Encik Zainal terkejut..Kemudian dia menguntum senyum."Laa..Dah kenal rupanya..Bagus laa kalau begitu..So,saya ada meeting kat aras 9,saya pergi dulu lah ye..Encik Akmal..Tolong hantarkan cik Qistina ke bilik.."Nampaknya hari itu merupakan harri malang Iman.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahu saja Imran membaling file yang tersusun rapi di atas mejanya tepat ke arah muka mamat 'mood spoiler' itu!Sudah hampir sebulan dia berkerja di situ.Dan hampir sebulan jugak laa dia di'buli' oleh Iqkram!Eeeiii!Sakit betul hatinya!''Mentang-mentang anak pemilik syarikat ni,dia boleh buat sesuka hati je kat aku?!Eeii!Jaga kau!"Bebel Iman.
   Tiba-tiba telefon di dalam biliknya itu berbunyi.Dia menjawab.."Hmm..Helo!"Rasa malas pulak dia menjawab panggilan itu..Bukan dia malas nak angkat telefon kalau orang dail tetapi,orang yang bercakap dengannya itu yang malas nak dengar!."Amboi...Cepat!Meet me at my room now!"Terus so pemanggil meletakkan telefon dengan keras.Eeeiii!Menyampah!
   Dengan muka Iman yang merah menyala,Iman terus masuk ke bilik Iqkram tanpa mengetuk atau memberi salam terlebih dahulu.Amboi..Kasarnya!Iqkram sedikit terkejut.Kemudian dia tersenyum sinis.."Kau  keluar dan tutup pintu tu semula..And then ketuk pintu tu lepas tu beri salam..Baru boleh masuk..Cepat buat!"Iman Mencebik..Dia keluar dan menutup pintu itu lagi..Dia juga mendengar laungan Iqkram dari dalam bilik."Buat sampai tiga kali!"'Eeeeii!Macam lah aku ni budak tadika!Buat tiga kali konon!Aku ketuk kepala kau barutahu!Menyampah!'Bentak iman di dalam hati.
    "Hah!Apasal?!"Jerkah Iman."Seperti biasa..Coffee no sugar,but creammer..Jangan suruh June buat.."Begitulah cara Iqkram 'membuli'nya.Selama satu bulan, dia terpaksa membuat coffee untuknya!June,merupakan PA Iqkram.Pernah sekali dia Iqkram menyuruh nya membuat air oren.Apabila air oren itu sudah siap,dia meminta coffee pula..Lepas tu biskut ni,nak muffin tu..Bukan itu sahaja,Iqkram juga pernah menyuruhnya fotostet plan-plan yang di rekanya..Ada sahaja yang lupa..Lupa lukis tu la..Lepas tu lupa lukis kat kertas plan laa..Ia membuatkan Iman terpaksa memfotostet plan itu beberapa kali.Leenguh kaki Iman!Siapa boleh tahan kalau tiap-tiap hari macam tu?!!
    Pernah sekali Iman mencuba meletakkan garam di dalam air Iqkram..Macam tahu je Iqkram dia meletakkan garam di dalam air itu.Iqkram menyuruhnya meminum air itu atas alasan Iqkram malas mahu minum air itu.Dia tidak mahu membazir lalu,Iqkram menyuruh iman meminum air itu.
    Sejak hari itu,dia tidak berani meletakkan garam di dalam air itu..Selama tiga hari Iman merasakan masin apabila meminum sesuatu atau makan sesuatu..Tak sanggup!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di sebalik ais krim ada cinta??Eh?!! [5]

"Rasa nak bagi pelempang je kat mamat tu!Eeeeii!!Mentang-mentang lah bermuscle!Ingat dia Terer sangat?!Sorry to say..I will Say..N.O.T!Semua orang ada muscle laa!Ingat kau sorang je ke..Puh-lease lah!Kalau orang takde musle kan tulang je tinggal!"Iman tidak dapat mengawal amarahnya!Habis semua benda yang mengarut keluar daripada mulutnya.
   Banglo itu bising dengan suara Iman yang dari tadi pot pet,pot pet di dalam biliknya.Izz dan puan Anis kehairanan."Kenapa denga adik tu abang??Korang gaduh lagi ke??"Izz mengerut ddahi."Entah..Sejak pulang dari GYM tadi,dia asyik membebel..Gaduh dengan boyfrieng kut.."
    Puan Anis terkejut."Boyfriend??"Izz buat derk.Bertaburan bantal di lantai di dalam bilik Iman.Mahu saja Iman mengigit telinga lelaki itu!.Geram nya!!!!!!!!!!.
    Iman yang tadi membebel tak  tentu pasal akhirnya berhenti.Letih juga mulutnya membebel.Dia sedang menonton television di ruang tamu bersama puan Anis.Iman menonton television sambil makan snack.Dia menonton siaran 'Buletin Utama'.Berita itu mengisahkan seorang pelajar perempuan yang berumur dua-belas tahun di tangkap berkhalwat bersama dengan teman lelakinya.
     Iman teringat pada zaman sekolahnya.Kawannya yang bernama Zulaikha di tangkap berkhalwat bersama teman lelakinya.Apalah nasib Zulaikha sekarang ini ya??Iman mengelamun."Err..Umi nak tanya..Iman ada boyfriend kaa?"Iman tersedak."Ya allah..Siapa cakap Iman dah ada boyfriend??Iman belum pernah jatuh cinta lah lagi umi.."
      Puan Anis mengiakan  apa yang di katakan oleh anaknya itu.Iman tidak pernah jatuh cinta dan tidak pernah memperkenalkan kawan-kawan lelakinya kepada mereka.Itu membuatkan Puan Anis sedikit bimbang,Mujurlah hari itu,kakak iparnya ada calon.Itupun,anak lelakinya yang sedang bekerja sebagai seorang arkitek di sebuah syarikat ternama di Malaysia.'Ala...Sepupu dia jugak..'kata puan Anis di dalam hati.

      "Betul Iman takde??"Puan Anis ingin membuat kepastian.Kalau tak ada.Ada chance lah ni..Hihihihihi..Iman mengangguk.


Monday, 19 December 2011

Di sebalik ais krim ada cinta??Eh?!! [4]

"Tak nak ikut umi bersenam ke??"Tanya Puan Anis kepada Iman dan Izz yang tengah duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak GYM ini.."Abang je laa pegi bersenam dengan umi .."Kata Iman dengan malas."Ek eleh budak ni.."Iman menjelirkan lidah pada Izz."Dah..Dah..Jom abang...Temankan umi.."Izz membuat muka kasihan pada uminya.Puan Anis  menarik lengan Izz.Iman melambai kan tangan."Bye..Bye..Selamat berseronok dengan para datin ye~"Kata Iman kepada Izz.
   'Daripada aku tak buat apa-apa,lebih baik aku dengar walkman ni.'Kata hati Iman.Dia berjalan ke arah kolam buatan di GYM itu sambil mendengar lagu 'I'll be back' daripada kumpulan 2PM.Tiba-tiba bahunya di tepuk perlahan.'Mamat ni lagi!'Jerit Iman di dalam hati.I'll be back jugak dia!"Dik,tolong ambilkan towel.."Iman geram.Asyik..Asyik muka dia je!Asyik..asyik dia fikir aku ni pekerja!Mentang-mentang lah aku pakai baju sama colour dengan pekerja di GYM ni!.Iman dah tak tahan sabar.
   "Maaf ya encik..Nak katakan encik buta,tak juga..Nak katakan encik pekak,tak jugak..Saya bukan pekerja kat sini!Buat pengahtahuan encik,saya bukan pekerja kat sini and kat restaurant hari tu!Jadi,lain kali..Mata tu tengok dulu!Otak tu fikir dulu!Mulut tu,tanya dulu!"
   Jerkah Iman dengan kasar.Tapi,takut jugak dia bercakap dengan begitu sekali.Sekali kena lempang oleh mamat tu,mahu terpelanting dia kat Rusia.Otot mamat ni pun ada..Mesti ada 'six pack' ni..
   Membulat mata mamat itu.Mukanya merah menyala.Merah mukanya lebih menyerlah kerana kulitnya yang putih,"You!"Tiba-tiba,Izz datang."Eh,Iqkram"
   Izz dan Iqkram berjabat tangan."Waa..Kau dah balik rupanya.."Kata Izz dengan senyuman."Aku baru je balik bulan lepas.Lepas tu,aku terus dapat kerja.."Kata mamat yang bernama'Iqkram' pulak.Iman menjeling.Menyampah!Potong line betul laa!
   Iman berdehem.."Oooo..Lupa pulak..Ni adik aku..Perkenalkan...Nur Iman Qistina..Ni Muhammad Iqkram Denny Akmal..Ni kawan abang.."
   Iman senyum memerli..."Hai..Panggil je Iman..Wahai encik 'mood spoiler'!"Di rendahkan suaranya apabila menyebut perkataan 'mood spoiler'.Walaupun Iman merendahkan suaranya,tetapi jelas pada pendengaran Iqkram.Iqkram membalas dengan sinis."Hai juga..Wahai cik adik yang mains tetapi,bahasanya mengalahkan minahbackstreet.."Iqkram juga merendahkan suaranya apabila menyebut perkataan 'minah backstreet'.Iman rasa mahu  apitkan sahaja mulut Iqkram itu dengan menggunakan Apit-G!.