Tuesday 20 December 2011

Di sebalik ais krim ada cinta??Eh?!! [6]

Yey!Iman menjerit keseronokkan di dalam hati.Bermulanya pada hari ini,di berkerja di syarikat yang terkemuka di Malaysia dan Asia.Oh~Hatinya gembira sekali!Dia merasakkan hari itu merupakan hari yang paling terindah di dalam hidupnya.Oh~Bahagianya!Dia berasa amat gementar.Seluruh badannya menggeletar.Nervous!Aah!Iman fightting!
   Encik Zainal di tugaskan untuk memperkenalkan kepadanya staf-staf dan serba serbi tentang syarikat itu.Iman masih meneliti sijil-sijil yang tergantung di dinding aras 12 syarikat itu."Oh!Encik Akmal!Lama tidak berjumpa...Tan sri sihat kaa??"Tanya encik Zainal kepada lelaki yang bernama 'Akmal'.Iman tidak menghiraukan.Dia masih meneliti sijil-sijil yang dibingkaikan di dinding itu yang tidak jauh daripada mereka berdua.Lelaki itu menjawab."Allhamdulillah..Dia sihat.."Lelaki itu masih meneliti file yang berada di tangannya.
    Sudah lama encik Zainal tidak berjumpa dengan keluarga Tan sri..Walaupun Akmal bekerja di situ,tetapi mereka jarang berjumpa kerana Akmal selalu sibuk dengan kerjanya.Syarikat itu milik keluarga Tan sri..Keluarga mereka juga amat di hormati..
   "Ni pekerja baru kita...Dia bekerja sebagai Juruukur bahan di syarikat ini..Jadi,kamu berdua akan berkerjasama lah nanti ye.."Sambung encik Zaidi lagi."Ini Nur Iman Qistina..Cik Qistina,ini anak kepada pemilik syarikat ini..Muhammad Iqkram Denny Akmal.."Apabila mereka mendengar sahaja yang di sebut oleh encik Zainal,mereka berdua berhenti membuat kerja masing-masing..
   Dan apabila mata mereka bertentangan."You!"Serentak mereka berkata.Encik Zainal terkejut..Kemudian dia menguntum senyum."Laa..Dah kenal rupanya..Bagus laa kalau begitu..So,saya ada meeting kat aras 9,saya pergi dulu lah ye..Encik Akmal..Tolong hantarkan cik Qistina ke bilik.."Nampaknya hari itu merupakan harri malang Iman.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahu saja Imran membaling file yang tersusun rapi di atas mejanya tepat ke arah muka mamat 'mood spoiler' itu!Sudah hampir sebulan dia berkerja di situ.Dan hampir sebulan jugak laa dia di'buli' oleh Iqkram!Eeeiii!Sakit betul hatinya!''Mentang-mentang anak pemilik syarikat ni,dia boleh buat sesuka hati je kat aku?!Eeii!Jaga kau!"Bebel Iman.
   Tiba-tiba telefon di dalam biliknya itu berbunyi.Dia menjawab.."Hmm..Helo!"Rasa malas pulak dia menjawab panggilan itu..Bukan dia malas nak angkat telefon kalau orang dail tetapi,orang yang bercakap dengannya itu yang malas nak dengar!."Amboi...Cepat!Meet me at my room now!"Terus so pemanggil meletakkan telefon dengan keras.Eeeiii!Menyampah!
   Dengan muka Iman yang merah menyala,Iman terus masuk ke bilik Iqkram tanpa mengetuk atau memberi salam terlebih dahulu.Amboi..Kasarnya!Iqkram sedikit terkejut.Kemudian dia tersenyum sinis.."Kau  keluar dan tutup pintu tu semula..And then ketuk pintu tu lepas tu beri salam..Baru boleh masuk..Cepat buat!"Iman Mencebik..Dia keluar dan menutup pintu itu lagi..Dia juga mendengar laungan Iqkram dari dalam bilik."Buat sampai tiga kali!"'Eeeeii!Macam lah aku ni budak tadika!Buat tiga kali konon!Aku ketuk kepala kau barutahu!Menyampah!'Bentak iman di dalam hati.
    "Hah!Apasal?!"Jerkah Iman."Seperti biasa..Coffee no sugar,but creammer..Jangan suruh June buat.."Begitulah cara Iqkram 'membuli'nya.Selama satu bulan, dia terpaksa membuat coffee untuknya!June,merupakan PA Iqkram.Pernah sekali dia Iqkram menyuruh nya membuat air oren.Apabila air oren itu sudah siap,dia meminta coffee pula..Lepas tu biskut ni,nak muffin tu..Bukan itu sahaja,Iqkram juga pernah menyuruhnya fotostet plan-plan yang di rekanya..Ada sahaja yang lupa..Lupa lukis tu la..Lepas tu lupa lukis kat kertas plan laa..Ia membuatkan Iman terpaksa memfotostet plan itu beberapa kali.Leenguh kaki Iman!Siapa boleh tahan kalau tiap-tiap hari macam tu?!!
    Pernah sekali Iman mencuba meletakkan garam di dalam air Iqkram..Macam tahu je Iqkram dia meletakkan garam di dalam air itu.Iqkram menyuruhnya meminum air itu atas alasan Iqkram malas mahu minum air itu.Dia tidak mahu membazir lalu,Iqkram menyuruh iman meminum air itu.
    Sejak hari itu,dia tidak berani meletakkan garam di dalam air itu..Selama tiga hari Iman merasakan masin apabila meminum sesuatu atau makan sesuatu..Tak sanggup!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment