Thursday 15 December 2011

Di sebalik ais krim ada cinta??Eh?!! [1]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Assalammualaikum mak Jah!"Sergah Iman.Melatah mak Jah dek sergahan Iman."Opocot mak kau!"Iman ketawa..Mak Jah mengurut dadanya."Hish!Kamu ni..Eh!Bila sampai?!Mana Beg??"Iman tersenyum.."Baru je...Letih betul laa...Orang yang 'berkenaan' yang uruskan...Hehehehe.."Iman memeluk mak Jah..Manjanya dia~
   "Ni ha...Mak Jah buatkan kari ayam kesukaan kamu tu..Ada belacan dan ulam sekali..Makan laa.."Iman melonjak kegembiraan."Makan~~!!"Iman tersenyum nakal."Mak Jah,belacan tu,apa ek?"Membulat mata mak Jah"Hish!Takkan belajar kat luar negara selama tiga tahun tak ingat belacan?!"Iman ketawa.."Ala,Iman gurau je..."
   "Hah!Bagus laa perangai tu..Belacan pun dah lupa..."Iman mencebik."Ala,orang gurau je tadi!!"
 Mak Jah menggeleng kepala.Hish!Mereka berdua ni memang selalu bergaduh..Pening kepalanya melihat karenah dua beradik tu."Sudahlah tu Izz!Janganlah kacau adik ko ni hah...Dia baru je balik dari luar negara..Hah!Kenapa berpeluh-peluh ni Izz??"Iman tersenyum kemenangan.Dia menjelir lidah kepada Izz,abangnya.Izz membulat mata.
    "Adik ni ha!Keluar je dari kereta, terus berlari masuk dalam rumah.Beg dia yang banyak dan berat tu,di tinggalkan dia je kat boot kereta..Sakit bahu ni tau.."Izz menagih simpati kepada mak Jah..Padahal,tak berat pun..Cuma banyak je..
"Oooo..Jadi ni laa orang yang 'berkenaan' tu ye.."Mak Jah menahan ketawa."Tepat sekali~"Mereka berdua ketawa."Cis!Perangai adik aku sorang ni memang tak berubah!"Kata Izz didalam hati.Dia mencebik.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"So,bila boleh dapat kerja ni??"Tanya ibu Iman,puan Anis."Emm...Minggu depan..Minggu depan lagi..Minggu depan lagi-lagi...Minggu depan lagi lagi lagi..Lepas tu..Tolak dua minggu..Itu lah..."Iman tersenyum walaupun matanya masih terlekat di kaca 'TV'."Ish!Kamu ni..Cakap laa betul-betul..."Geram puan Anis di buatnya."Betul-betul laa Iman cakap ni..Hehehehehe.."Iman terus-menerus mempermainkan ibunya.
   "Iman!"Amaran puan Anis dah keluar dah..Mati laa kalau macam ni..Cepat-cepat laa taubat ye..."Ala,rilex laa umi....Ye laa...Ye laa..Dua minggu lagi.."Iman menyerah kalah..Walaupun,hatinya masih ingin mempermainkan ibunya.
    "Iman nak buat apa dalam masa dua minggu ni??"Iman memikirkan sesuatu."Emm..Iman rasa nak tido je kat rumah ni..Hehehehe.."Terkejut puan Anis di buatnya.
    "Jangan nak menggada-ngada..Umi nak,Iman ikut umi pergi 'GYM'.."Iman membuat muka kesian."Ala,umi..Badan Iman ni dah laa kurus,kecik molek pulak tu.."Puan Anis terus mendiamkan diri.Dia tidak mahu melayan Iman."Ala..Tua-tua pun merajuk??Ish..Ish..."Bisik hati Iman.
    Iman mengampiri ibunya yang duduk diatas sofa."Kalau macam tu,Iman pun nak merajuk jugak laa..."Iman meniru 'style' ibunya yang tengah merajuk.Itu lah cara untuk Iman memujuk ibu kesayangnnya.
     Puan Anis menjeling anaknya disebelahnya."Ye laa..Umi tak merajuk lagi..Tapi,satu syarat..Iman mesti ikut umi pergi 'GYM' tu tau.."Iman tersenyum kemenangan.."Yes ma'am!"
     "Fullamak..Dapat tengok drama 'live' tu..."Puan Anis dan Iman menoleh kebelakang.Ceh!Rupa-rupanya Izz dan bapa Iman."Kalau nak tahu,papa yang anjurkan drama ni.."Kata encik Zahid.Puan Anis dan Iman beru tersedar bahawa 'drama' yang Izz dan papanya katakan berkaitan dengan mereka."Abang!"Jerit Iman."Abang!"Jerit puan Anis.
     "Abang yang mana satu??Izz ke??Atau abang??Hehehehe.."Tanya encik Zahid kepada isterinya.Puan Anis mencebik.
"Mestilah kat Izz kan?"Izz mengenyitkan matanya."Kenapa tengok rancangan memasak ni??"Tanya Izz."Ala..Salah ke tengok rancangan memasak..Tak de pun kat 'screen' tu tulis 'SALAH'.."Izz geram."Abang tak kisah kalau adik tengok rancangan memasak..Tapi,pandai memasak ke??Ahahahahaha.."Iman membaling bantal diatas sofa itu ke arah Izz.Tetapi,terkena pulak pada ayahnya."Kenapa papa pulak yang terkena ni.."Izz dan puan Anis ketawa."Ops!Sorry..."Iman membuat muka seposen.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment