Wednesday 21 December 2011

Di sebalik ais krim ada cinta??Eh?!! [7]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nasib baik hari ini hari ahad..Dapat laa aku bermalas-malasan.Iman masih menutup seluruh badannya dengan selimut tebal.Ah..Tenangnya..Aman dan Damai..Tiba-tiba..
   "Pang!"Pintu biliknya terbuka luas.Iman geram.Siapa pulak yang ganggu aku tengah tidur ni!Matanya masih kelat."Hoi!Bangun laa...Dah petang ni..Matahri dah nak terbenam lagi ni dik oii!!"Iman kaku.Tidak bergerak seinci pun.Izz menarik selimutnya.Mata Iman masih terpejam.
   Izz menarik tangan Iman kemudian iman baring..tarik lagi,baring lagi..Tarik lagi,baring lagi.Izz menggigit bibir.Dia naik di atas katil itu lalu melompat..Lompat..Lompat..Lompat..Tak bangun jugak!Izz turun dari katil itu.
    Dia berjalan ke bilik air.Dia mengambil sebesen baldi kemudian,dia menyimbah air itu ke arah Iman.iman masih tidak bergerak.Izz rasa  hairan.."Eh..Jangan-jangan pengsan tak??!!Iman!Iman!Bangun!Oi!"Izz cemas.
     Tiba-tiba Mak Jah datang..Terkejut Mak Jah apabila Izz menjerit tadi.Dia melopong apabila melihat katil Iman basah."Apahal Iman, Izz??!!"Izz mencerita segalanya perkara yang brlaku sebentar tadi.Tiba-tiba Mak Jah ketawa.izz kehairanan.."Ahahahahaha...Ya allah..Kau tu dah lupa kaa.."Izz kehairanan..Ek?Lupa??Lupa apa pulak??
      Mak Jah berkata kepada Iman."Iman,cerita 'Korean Wave' dah start.."Iman automatic bangun.Terkejut Izz."Kenapa tak cakap je dari tadi.." Kata Iman.Dia terus keluar dari bilik itu walaupun rambut dan baju agak sedikit basah.Terkebil-kebil Izz di situ.Mak Jah ketawa lalu menyambung kerja memasaknya yang terbengkalai tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Iman!!!Cepat laa siap..Umi tunggu ni haa!"Iman berebut menurun tangga.Tiba-tiba sahaja puan Anis mengajaknya keluar makan.Tadi puan Anis juga memesan memakai make-up.Iman pelik.Selalunya kalau dia keluar sendiri atau dengan keluarga dia tidak memakai make-up..Tidak pula keluarganya merungut tentang itu.
   Puan Anis sengaja bohong  keluar makan malam.Kalau Iman tahu puan Anis dan dia menemui bakal suami Iman yang keluarganya sudah setuju pinangan dari keluarga kakak iparnya itu,mesti dia tidak mahu dan mengamuk sakan.
   Sampai sahaja di restaurant itu,mereka telah duduk meja yang di tempah oleh kakak ipar puan Anis.Iman pelik.Kenapa mesti tempah meja kat sini pulak??Ada acara penting ke??
   Tiba-tiba seorang wanita yang berusia lingkungan empat puluh lebih tahun bersama seorang lelaki yang berkulit putih dan berbadan tegap dalam lingkungan dua puluh tahun duduk di meja itu.Iman sedang menikmati air itu,tersedak.Lelaki itu terkejut."Eh..Iman..Ok ke ni??"Iman terbatuk-batuk.
    Puan Anis dan Ibu Iqkram berceloteh itu dan ini..Mereka juga berceloteh tentang anak-anak mereka.Iman Iqkram buat pekak.Malas nak dengar.Mulut pun macam kena sumpah jadi orang bisu je..Tiba-tiba puan Anis berkata kepada mereka berdua.
    "Iman,Iqkram..Kami nak kamu berdua bina masjid.."Iman dan Iqkram kehairanan..Kenapa nak buat masjid??Ada duit ke nak buat masjid??"Kami berdua mana cukup nak buat masjid umi..Surau boleh.."Iman dan Iqkram tidak faham.."Puan Anis dan ibu Iqkram,puan Liyana menggeleng kepala.Nama je belajar luar negara..Tak paham pulak..
    "Bukan masjid tu..Maksud umi kamu tu,kahwin...Korang akan kahwin dua bulan akan datang."Terang puan Liyana.Air di dalam mulut Iman terpupus keluar terkena Iqkram.
    "Hah?!Khawin??!!!"Serentak mereka menjerit.Iman rasa mahu pitam sahaja.Restaurant itu bising buat seketika.Semua mata tertumpu ke arah meja mereka.Tidak!!!!!!!!!!!!!!!Iman dan Iqkram menjerit di dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment