Monday 19 December 2011

Di sebalik ais krim ada cinta??Eh?!! [4]

"Tak nak ikut umi bersenam ke??"Tanya Puan Anis kepada Iman dan Izz yang tengah duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak GYM ini.."Abang je laa pegi bersenam dengan umi .."Kata Iman dengan malas."Ek eleh budak ni.."Iman menjelirkan lidah pada Izz."Dah..Dah..Jom abang...Temankan umi.."Izz membuat muka kasihan pada uminya.Puan Anis  menarik lengan Izz.Iman melambai kan tangan."Bye..Bye..Selamat berseronok dengan para datin ye~"Kata Iman kepada Izz.
   'Daripada aku tak buat apa-apa,lebih baik aku dengar walkman ni.'Kata hati Iman.Dia berjalan ke arah kolam buatan di GYM itu sambil mendengar lagu 'I'll be back' daripada kumpulan 2PM.Tiba-tiba bahunya di tepuk perlahan.'Mamat ni lagi!'Jerit Iman di dalam hati.I'll be back jugak dia!"Dik,tolong ambilkan towel.."Iman geram.Asyik..Asyik muka dia je!Asyik..asyik dia fikir aku ni pekerja!Mentang-mentang lah aku pakai baju sama colour dengan pekerja di GYM ni!.Iman dah tak tahan sabar.
   "Maaf ya encik..Nak katakan encik buta,tak juga..Nak katakan encik pekak,tak jugak..Saya bukan pekerja kat sini!Buat pengahtahuan encik,saya bukan pekerja kat sini and kat restaurant hari tu!Jadi,lain kali..Mata tu tengok dulu!Otak tu fikir dulu!Mulut tu,tanya dulu!"
   Jerkah Iman dengan kasar.Tapi,takut jugak dia bercakap dengan begitu sekali.Sekali kena lempang oleh mamat tu,mahu terpelanting dia kat Rusia.Otot mamat ni pun ada..Mesti ada 'six pack' ni..
   Membulat mata mamat itu.Mukanya merah menyala.Merah mukanya lebih menyerlah kerana kulitnya yang putih,"You!"Tiba-tiba,Izz datang."Eh,Iqkram"
   Izz dan Iqkram berjabat tangan."Waa..Kau dah balik rupanya.."Kata Izz dengan senyuman."Aku baru je balik bulan lepas.Lepas tu,aku terus dapat kerja.."Kata mamat yang bernama'Iqkram' pulak.Iman menjeling.Menyampah!Potong line betul laa!
   Iman berdehem.."Oooo..Lupa pulak..Ni adik aku..Perkenalkan...Nur Iman Qistina..Ni Muhammad Iqkram Denny Akmal..Ni kawan abang.."
   Iman senyum memerli..."Hai..Panggil je Iman..Wahai encik 'mood spoiler'!"Di rendahkan suaranya apabila menyebut perkataan 'mood spoiler'.Walaupun Iman merendahkan suaranya,tetapi jelas pada pendengaran Iqkram.Iqkram membalas dengan sinis."Hai juga..Wahai cik adik yang mains tetapi,bahasanya mengalahkan minahbackstreet.."Iqkram juga merendahkan suaranya apabila menyebut perkataan 'minah backstreet'.Iman rasa mahu  apitkan sahaja mulut Iqkram itu dengan menggunakan Apit-G!.

No comments:

Post a Comment